Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457758
Title: | Analisis prestasi tribologi permukaan bertekstur cawak menggunakan kaedah pengkomputeran dinamik bendalir |
Authors: | Haniff Abdul Rahman (P92029) |
Supervisor: | Jaharah A. Ghani, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Computational fluid dynamics Tribology Surfaces (Technology) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Aug-2019 |
Description: | Kaedah penteksturan permukaan telah terbukti membantu meningkatkan prestasi tribologi komponen melalui kesan pemerangkapan sisa haus, takungan pelinciran dan peningkatan tekanan hidrodinamik bagi mengurangkan geseran. Namun begitu, parameter cawak yang dihasilkan perlu terlebih dahulu disesuaikan dengan aplikasi bagi mengoptimumkan kesan positif tribologi dan mengelakkan penurunan prestasi. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengkaji kesan pengenalan struktur cawak yang dihasilkan menggunakan proses larik dengan kos rendah terhadap prestasi tribologi dari segi pembangunan tekanan dan daya angkatan pelincir dalam keadaan hidrodinamik melalui simulasi dinamik bendalir komputeran (CFD). Kajian dimulakan dengan mengkaji keberkesanan struktur cawak terhadap peningkatan tekanan hidrodinamik dan daya angkatan melalui simulasi CFD cawak tunggal, diikuti oleh pengesahan kesan peningkatan daya angkatan terhadap pengurangan pekali geseran (COF) melalui eksperimen gelangsar salingan. Kajian kemudian diteruskan dengan mengkaji kesan pelbagai parameter nisbah luas cawak meliputi 0% (mewakili permukaan licin), 1.63%, 3.26%, 6.53% (penteksturan sebahagian permukaan) dan 9.80% (penteksturan penuh permukaan) pada pelbagai keadaan halaju gelangsar berdasarkan nombor Reynolds (Re = 10, 45 dan 80). Hasil simulasi awal mendapati geometri cawak yang mencapah dan menumpu mampu membantu dalam penjanaan tekanan hidrodinamik, sekaligus meningkatkan daya angkatan dengan potensi untuk memisahkan permukaan yang bergeseran. Keputusan ini kemudiannya disokong oleh hasil eksperimen gelangsar salingan, di mana penurun COF sebanyak 56% diperolehi bagi permukaan bertekstur cawak berbanding permukaan licin. Keputusan simulasi CFD seterusnya mendapati pada halaju rendah, cawak dengan nisbah luas tertinggi iaitu 9.80% menghasilkan tekanan hidrodinamik dan daya angkatan tertinggi berbanding nisbah-nisbah luas yang lain. Namun begitu, keadaan berubah pada halaju sederhana dan tinggi, di mana cawak dengan nisbah luas lebih rendah iaitu 3.26% menghasilkan tekanan hidrodinamik dan daya angkatan tertinggi sementara prestasi cawak menurun dengan nisbah luas 9.80%. Hal ini menunjukkan bahawa nisbah luas cawak dan keadaan halaju memainkan peranan penting terhadap prestasi tribologi. Penteksturan sebahagian permukaan, melalui kesan pengumpulan tekanan oleh cawak, membantu menghasilkan daya angkatan sehingga 296% lebih tinggi berbanding penteksturan penuh dengan kesan tekanan individu. Kajian pengoptimuman menggunakan kaedah sambutan permukaan (RSM) data historikal mendapati, daya angkatan mampu ditingkatkan dengan nisbah luas cawak 4.54% dan Re = 80. Namun, daya angkatan hasil RSM ini adalah 2.6% lebih rendah berbanding nilai tertinggi hasil simulasi CFD melibatkan nisbah luas 3.26%. Hasil kajian ini membuktikan kelebihan cawak yang difabrikasi menggunakan proses larik berupaya meningkatkan prestasi tribologi berbanding permukaan licin. Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan bagi menentukan nisbah luas cawak yang perlu digunakan bagi memaksimakan prestasi tribologi permukaan bergelangsar dengan pelbagai kelajuan seperti omboh, terutamanya dalam aspek pelinciran.,Sarjana Sains |
Pages: | 128 |
Call Number: | TA357.5.D37H336 2019 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120689+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 2.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.