Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457737
Title: | Penerimaan dan penggunaan sistem bantuan penukaran lorong di kalangan pengguna awal di Malaysia |
Authors: | Mohd Hafzi Md Isa (P81552) |
Supervisor: | Baba Md Deros, Prof. Dr. |
Keywords: | Driver assistance systems -- Malaysia Automobile drivers -- Psychology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Jun-2018 |
Description: | Pengeluar kereta telah membangun dan memperkenalkan Sistem Bantuan Penukaran Lorong (LCA) yang mampu mengurangkan risiko perlanggaran kepada pemandu semasa menukar lorong atau membelok di persimpangan menerusi isyarat amaran yang dikeluarkan. Di dalam konteks Malaysia, memandangkan kebanyakan kemalangan motosikal adalah melibatkan kereta, sistem LCA ini berpotensi untuk mengurangkan kadar perlanggaran di antara kedua-dua jenis kenderaan tersebut secara signifikan. Namun begitu, faedah yang dihajati tidak mampu dicapai secara optimal jika sistem tersebut tidak diterima baik dan digunakan dengan sewajarnya oleh pemandu kereta. Sehingga kini, pengetahuan mengenai penerimaan dan penggunaan sistem LCA di Malaysia adalah masih di peringkat awal. Justeru, kajian ini mengaplikasikan Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagai kerangka teoretikal utama bagi menyiasat dengan lebih mendalam penerimaan dan penggunaan sistem LCA di kalangan pengguna awal. Empat (4) objektif utama kajian ini adalah: mengenalpasti tahap penerimaan dan penggunaan sistem LCA di kalangan pemilik kenderaan yang dilengkapi dengan sistem LCA; menyiasat potensi perubahan tingkah laku disebabkan oleh penggunaan sistem LCA; menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan sistem LCA; dan menyiasat sejauh mana TAM dapat menjelaskan penerimaan dan penggunaan sistem LCA. Kajian ini melibatkan beberapa proses, bermula dengan kajian literatur, perkembangan kerangka dan hipotesis, pembangunan soal selidik, kaji selidik rintis, ujian kebolehpercayaan, kebolehgunaan dan kesahan serta penilaian pakar terhadap kandungan soal selidik. Kaji selidik dijalankan di kalangan pemilik model Volvo, Mazda dan Toyota yang mengunjungi pusat servis masing-masing untuk penyelenggaraan berjadual. Sebanyak 300 borang soal selidik diedarkan (100 untuk setiap model); hanya 276 set borang (92%) yang lengkap kemudiannya dianalisis. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif, Analisis Varians (ANOVA) satu hala dan Permodelan Persamaan Struktural (SEM). Kajian ini mendapati penerimaan dan penggunaan sistem LCA di kalangan pengguna awal adalah tinggi. Tambahan pula, 67% pemilik menyatakan bahawa tingkah laku memandu mereka telah berubah secara positif kerana penggunaan sistem LCA. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan bagi persepsi kebergunaan (PU), persepsi mudah guna (PEOU) dan ketidakgangguan (UO) di kalangan tiga (3) jenis sistem amaran LCA. Ujian SEM pula mendedahkan bahawa UO tidak mempunyai kesan signifikan ke atas PU dan PEOU. Namun, PEOU mempunyai kesan signifikan ke atas PU. Walaupun kedua-dua PEOU dan PU mempunyai kesan yang ketara terhadap BI, PU menunjukkan kesan yang lebih besar. BI juga mempunyai kesan yang signifikan terhadap penggunaan sebenar (AU). Model kajian juga telah dibuktikan relevan untuk meramal hubungan di antara pemboleh-pemboleh ubah yang dicadangkan berdasarkan kepatuhan kepada peraturan-peraturan permodelan SEM yang ditetapkan. Dapatan kajian ini memberikan beberapa implikasi kepada perkembangan teoretikal, metodologi dan praktikal yang boleh membantu industri dan pihak berkepentingan yang berkenaan di dalam mengukur isu dan situasi sebenar berhubung penggunaan sistem LCA di Malaysia.,Sarjana Sains |
Pages: | 121 |
Call Number: | TL272.57.M8435 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119638+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.