Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457723
Title: Pencerai 1x3 tirus terlakur kos rendah (LFT) generasi kedua sebagai pengganding dalam sistem WDM-POF
Authors: Mohd Hazwan Harun (P49879)
Supervisor: Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Prof. Dr.
Keywords: Fiber optics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Biomechanics
Optical instruments
Issue Date: 16-Jan-2012
Description: Pencerai 1×3 Tirus Terlakur Kos Rendah (Low-cost Fused Taper, LFT) Generasi Pertama telah dibangunkan untuk bersaing dengan pencerai komersil dari segi kos pembuatan. Walau bagaimanapun pencerai ini memperolehi kehilangan lebihan yang tinggi akibat isipadu ketidaksempurnaan gentian yang besar di gentian tirus terlakur di pangkalan masukannya. Ketidaksempurnaan gentian melibatkan perubahan diameter akibat struktur tirus, gentian terpintal serta memanjang, degradasi polimer akibat terdedah pada haba secara tidak langsung. Ketidaksempurnaan ini menyebabkan penyerakan cahaya di gentian terlakur dan tirus dan mengakibatkan kehilangan optik. Objektif kajian ini ialah mengoptimumkan proses pelakuran gentian dan mencirikan prestasi ceraian kuasa bagi pencerai 1×3 dan membangunkan pencerai 1×3 berasaskan POF yang berkos rendah dan mempunyai kehilangan rendah melalui kaedah pelakuran menggunakan lilin parafin. Bagi tujuan untuk melakur setiap gentian, kaedah pelakuran alternatif dipraktikkan tanpa menggunakan mesin Tirus Dwikon Terlakur (BFT). Bahan peranti diperbuat daripada POF-SI pelbagai mod. Terdapat beberapa parameter rekabentuk dan proses fabrikasi yang telah diubah untuk menghasilkan pencerai Generasi Kedua seperti panjang tirus, bilangan pintalan dan tempoh lakuran. Gentian tirus terlakur bagi pencerai generasi kedua difabrikasi supaya julat panjang tirusnya yang teroptimum ialah 0.63 - 1.7 cm. Selain itu, kesan pintalan dioptimumkan dengan 2 – 6 pintalan untuk meningkatkan ciri lakuran POF. Julat tempoh lakuran yang efektif pula ialah 95 hingga 106 saat. Pencirian prestasi telah dijalankan dengan menyuntik diod pemancar cahaya LED dengan panjang gelombang 650 nm ke gentian masukan manakala kuasa optik di setiap gentian keluaran pula diukur dengan pengukur kuasa optik. Pencerai LFT Generasi Kedua telah berjaya difabrikasi bagi menggantikan pencerai generasi pertama. Hasil kajian menunjukkan Pencerai 1×3 LFT Generasi Kedua memperolehi kehilangan lebihan yang rendah (< 3 dB), keseragaman tinggi dicapai di mana nisbah ceraiannya ialah 33:33:33 ± 6 %. Secara keseluruhannya, pencerai baru memenuhi spesifikasi pengkomersilan dan diusulkan sebagai pengganding untuk sistem WDM-POF.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 210
Call Number: QC448.M846 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
403 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.