Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457714
Title: | Peranan riblet dalam pembentukan struktur lapisan sempadan aliran gelora pada permukaan airfoil NACA 0026 |
Authors: | Mohamad Izhar Ghazali (P75324) |
Supervisor: | Zambri Harun, Ir. Dr. |
Keywords: | Turbulent boundary layer Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Oct-2018 |
Description: | Tema utama penyelidikan ini ialah meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api menggunakan pendekatan kesan aerodinamik ke atas permukaan di mana kesedaran mengenai perkara ini semakin meningkat kerana undang-undang mengenai kenderaan cekap dan pencemaran udara semakin ketat. Struktur lapisan sempadan gelora pada aliran dinding terbatas terbentuk pada permukaan dinding. Keadaan permukaan akan mempengaruhi pembentukan lapisan sempadan. Geseran kulit merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan struktur lapisan sempadan. Ini akan mempengaruhi kecekapan dan prestasi peralatan terutamanya dalam aerodinamik. Dalam aerodinamik, geseran kulit pada peralatan aerodinamik boleh mempengaruhi penggunaan bahan api dan juga seterusnya pencemaran udara. Banyak kajian dijalankan untuk mengawal penjanaan gelora dan bermatlamat untuk mengurangkan geseran kulit. Salah satunya ialah teknologi riblet yang kebiasaannya untuk peralatan aerodinamik prestasi tinggi. Penggunaan riblet lurah-V berskala meso disusun secara lurus, menumpu dan mencapah pada permukaan airfoil merupakan fokus utama dalam tesis ini. Terowong angin bersaiz sederhana untuk aliran gelora, airfoil, anemometer dawai panas dan beberapa peranti pengukuran sensitif untuk aliran gelora digunakan bagi mengukur halaju min, keamatan gelora, spektrum tenaga dan statistik aliran peringkat tinggi. Kelajuan min dengan anggaran 10 m/s menghasilkan nombor Reynolds lapisan sempadan Re = 280 melewati airfoil. Airfoil yang digunakan adalah berdasarkan NACA 0026 menggunakan piawai National Advisory Committee for Aeronautics (NACA). Analisa profil halaju min menghasilkan maklumat mengenai geseran kulit melalui hubungan hukum Karman’s di dinding. Keputusan ujikaji menunjukkan riblet menumpu dan mencapah mampu mengurangkan geseran kulit. Bagaimanapun ia menghasilkan keamatan gelora tinggi pada kawasan hampir-permukaan dan kawasan luaran lapisan sempadan. Apabila keamatan gelora meningkat, ia menghasilkan tenaga kinetik yang besar dalam lapisan ricih. Berdasarkan kepada ujikaji ini, penggunaan riblet dalam peralatan kejuruteraan amat signifikan untuk mengurangkan geseran kulit. Airfoil beriblet boleh digunakan pada sayap pesawat, turbin angin dan turbin hidro dalam kajian gunaan untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan peralatan.,Sarjana Sains |
Pages: | 114 |
Call Number: | TA357.5.T87M8494 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119236+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.