Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457712
Title: Pengawalan dandang menggunakan kawalan berkadaran-kamiran-terbitan untuk penghapusan asap hitam daripada kilang kelapa sawit
Authors: Noor Atikah Abdullah (P73279)
Supervisor: Ramizi Mohamed, Dr.
Keywords: PID Controllers
Palm oil industry -- Waste disposal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jul-2018
Description: Pasaran minyak kelapa sawit berhadapan dengan aduan daripada masyarakat mengenai pelepasan asap hitam dari kilang pemprosesan mereka. Pelepasan asap hitam menjadi lebih ketara semasa permintaan tenaga yang tinggi di loji. Walau bagaimanapun, adalah terlalu mahal untuk menukar dandang baru dengan yang menghasilkan kuantiti asap hitam yang rendah. Pelepasan asap hitam adalah hasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan bakar pembakaran dan campuran bahan bakar pembakaran yang tidak homogen. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengaplikasikan teknologi bahan bakar campuran dan membangunkan sistem kawalan untuk menghapuskan pelepasan asap hitam ke atmosfera. West Oil Mill, Pulau Carey yang dimiliki oleh Sime Darby Berhad dipilih sebagai tapak penyelidikan. Berdasarkan ujian sebelum ini, pembakaran bersama menggunakan teknologi pembakaran bahan bakar campuran terbukti dapat menghapuskan pelepasan asap hitam. Teknologi bahan bakar campuran terdiri daripada dua bahan bakar pembakaran iaitu biojisim dan biogas. Biogas akan bertindak sebagai bahan bakar sekunder. Dalam usaha untuk mengaplikasikan pengetahuan sistem kawalan di dalam sistem, pengawal PID telah dipilih untuk digunakan. Parameter untuk pengawal ini diperoleh dengan penalaan automatik menggunakan perisian penalaan yang terdapat dalam toolbox sistem kawalan. Sistem ini telah simulasi menggunakan perisian Matlab® Simulink®. Model dandang dibina mengikut model dandang Astrom dan Bell. Tekanan dandang diperhatikan. Apabila penurunan tekanan dikesan, pengawal akan mengawal input biogas ke dandang. Apabila biogas dibakar, tekanan akan naik semula ke tekanan sasaran. Keputusan daripada pengawal P, pengawal PI, pengawal PD dan pengawal PID masing-masing diperolehi dan dianalisa. Berdasarkan perbandingan di antara keempat-empat pengawal, pengawal P menunjukkan keputusan yang sangat memberangsangkan. Tindak balas sistem dengan menggunakan pengawal P adalah yang terpantas dengan 6.929 s. Masa enapan yang dicatatkan juga adalah yang paling singkat. Keteguhan sistem dengan pengawal P juga bagus kerana tidak dipengaruhi dengan gangguan secara ketara.,Sarjana Sains
Pages: 131
Call Number: TJ223.P55N646 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118697+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.