Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457705
Title: | Perbandingan jumlah kandungan elektron dari penerima GPS dua frekuensi dengan model empirikal di Malaysia |
Authors: | Zahira Mohd Radzi (P60934) |
Supervisor: | Mardina Abdullah, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Ionosphere Global positioning system Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jul-2018 |
Description: | Definisi cuaca angkasa ditakrifkan sebagai kajian mengenai kondisi di permukaan Matahari termasuk angin suria, magnetosfera dan ionosfera yang memberi kesan kepada teknologi bumi. Lapisan ionosfera ialah satu lapisan di atas permukaan bumi yang bertindak sebagai medium perambatan gelombang. Medium ini membolehkan isyarat dari satelit terutama isyarat satelit Sistem Penentududukan Global (GPS) merambat melaluinya sebelum tiba ke stesen penerima di bumi. Oleh kerana lapisan ini mempunyai sifat tidak homogen, maka jumlah kandungan elektron (TEC) di dalam lapisan ini sentiasa berubah-ubah menyebabkan penerimaan isyarat menjadi kurang tepat. Perubahan kandungan elektron di lapisan ini berbeza di setiap latitud dan menyebabkan mekanisma fizikalnya turut berbeza, sebagai contoh, TEC di kawasan khatulistiwa berbeza dengan ciri-ciri berbanding dengan kawasan kutub. Objektif pertama tesis ini adalah untuk mendapatkan pola perubahan harian, musim dan ribut geomagnet ke atas TEC. Objektif kedua pula adalah untuk membandingkan model empirikal IRI2007 dengan GPS TEC ketika berlaku perubahan harian, musim dan ribut geomagnet. Model empirikal yang digunapakai dalam kajian ini ialah Indeks Rujukan Ionosfera (IRI) yang telah mendapat pengiktirafan ISO. Kajian tesis ini dijalankan menggunakan isyarat GPS dari penerima dua frekuensi yang diletakkan di Langkawi (LGK) (Lat. 6.3° N, Long. 99.8° E) dan UKM, Bangi (Lat. 20.55° N, Long.101.25° E). Data kajian diambil dalam tahun 2011 bagi mengkaji perubahan harian dan musim. Manakala kesan TEC terhadap ribut geomagnet dikaji menggunakan empat kajian kes pada tahun 2011 dan 2012 iaitu pada tarikh 6 Ogos 2011, 25 Oktober 2011, 9 Mac 2012 dan 24 April 2012. Pola GPS TEC di kedua-dua lokasi didapati sangat rendah (3-5 TECU) sebelum matahari terbit, kemudiannya naik mendadak bermula jam 10:00 pagi waktu tempatan (LT), dan akhirnya mencapai maksimum (77-83 TECU) selepas waktu tengahari dan menurun sehingga selepas matahari terbenam. Bagi perubahan musim, GPS TEC di kedua-dua stesen adalah sangat tinggi (58 TECU) pada musim ekuinoks berbanding musim sejuk (59-63 TECU) dan musim panas (30-40 TECU). GPS TEC menunjukkan peningkatan apabila berlaku ribut geomagnet berdasarkan keempat-empat kes. Apabila dibandingkan dengan GPS TEC dengan IRI2007, salah satu pilihan iaitu IRI2001 sentiasa menunjukkan pola terlebih anggar bagi perubahan harian dan musim. Manakala IRIcorr dan NeQuick menunjukkan pola yang serupa dengan GPS TEC. Oleh itu, disimpulkan bahawa IRI2001 tidak sesuai digunakan untuk mewakili TEC di Malaysia.,Sarjana Sains |
Pages: | 89 |
Call Number: | GBQC881.2.I6Z345 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.