Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457689
Title: Pembangunan dan kajian prestasi sistem penyamanan udara kitaran serapan terbantu suria
Authors: Zakaria Jusoh (P83950)
Supervisor: Wan Mohd Faizal Wan Mahmood, Prof. Madya Dr.
Keywords: Solar air conditioning
Absorption
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Aug-2017
Description: Dunia menghadapi krisis tenaga yang agak meruncing dengan penemuan telaga minyak yang baru semakin berkurangan dan penggunaan bahanapi berasaskan petroleum sangat tinggi. Malaysia perlu kepada satu sistem atau sumber yang stabil. Satu langkah penjimatan tenaga perlu diusahakan di mana penggunaan tenaga terbaru perlu dicari dan dimajukan. Sistem penyamanan udara menggunakan tenaga elektrik yang tinggi di mana dianggarkan 60% penggunaan tenaga elektrik adalah dari sistem penyamanan udara. Sistem kitaran serapan adalah salah satu sistem yang boleh menjimatkan tenaga kerana sistem ini tidak menggunakan pemampat. Satu kajian kecekapan kitaran serapan sistem penyamanan udara terbantu suria telah dijalankan. Kajian ini memfokuskan sistem kitaran serapan LiBr - Air yang bersaiz kecil iaitu 3 – 5 kW untuk digunakan bagi kawasan-kawasan perumahan, chalet, lot-lot kedai dan hotel bajet. Objektif-objektif kajian adalah menentukan penjimatan penggunaan elektrik bagi sistem serapan terbantu suria, menggunakan pengumpul suria tiub vakum, menentukan penjimatan dan tempoh bayar balik, menentukan pekali prestasi (COP) kitaran serapan sistem penyamanan udara terbantu suria dengan sistem penyamanan udara konvensional dan menentukan keberkesanan penukar haba. Komponen-komponen penting telah direka bentuk bagi menyesuaikan sistem dengan kapasiti yang kecil iaitu 3.517 kW (1 ton) kapasiti beban penyejukan. Penjana, pemeluwap, penyejat, penyerap, pam, pengelog data, pengumpul suria dan alat-alat lain telah direka bentuk, difabrikasi, dipasang dan diuji di makmal kejuruteraan. Sebanyak 90 batang pengumpul suria berjenis tiub evakuasi telah dipasang untuk menghasilkan air panas untuk dijadikan sebagai sumber haba bagi memisahkan larutan litium bromida dan air dalam penjana. Larutan litium bromida dan air telah digunakan di dalam ujikaji ini. Litium bromida bertindak sebagai bahan penyerap dan air sebagai bahan pendingin. Keadaan operasi yang dijalankan di bahagi kepada tiga bahagian iaitu kategori A injap air dingin dibuka sepenuhnya dan injap air sejuk dari menara pendingin ke pemeluwap dibuka separuh, kategori B injap air dingin dan injap air sejuk dibuka sepenuhnya dan kategori C injap air dingin dibuka separuh dan injap air sejuk dibuka separuh. Dengan kepekatan litium bromida sebanyak 33%, purata nilai COP yang diperolehi bagi kategori A, kategori B dan kategori C ialah masing-masing 0.446, 0.438 dan 0.431. Keberkesanan penukar haba yang diperolehi bagi kategori A dan B ialah di antara 0.4 dan 0.5 manakala kategori C ialah 0.5. Bagi beban penyejukan pula kategori B mencatat bacaan yang tertinggi pada 1800 iaitu 1.941 kW, manakala kategori A mencatat bacaan yang tertinggi pada 1700 iaitu 1.542 kW dan kategori C bacaan tertingginya ialah pada 1800 dengan catatan sebanyak 0.818 kW. Daripada analisis ekonomi yang telah dijalankan maka dapat dibuat rumusan bahawa sistem penyamanan udara kitaran serapan terbantu suria boleh dikomersialkan kerana ia mempunyai tempoh bayar balik yang rendah iaitu lebih kurang 6.1 tahun. Kajian ini menunjukkan bahawa kitaran serapan sistem penyamanan udara terbantu suria boleh digunakan di Malaysia dan juga di negara-negara yang beriklim tropika kerana ianya adalah praktikal, boleh dikomersialkan dan mempunyai tempoh bayar balik yang munasabah iaitu lebih kurang 6.1 tahun.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 137
Call Number: TH7687.9.Z335 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106324+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.