Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457680
Title: Rekabentuk panel dinding saling kunci pasang siap dengan pendekatan industri, fleksibel dan nyahpasang
Authors: Mohd Azizuddin Tarja @ Tarjo (P64617)
Supervisor: Maslina Jamil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem pembinaan
Dinding
Concrete construction industry
Issue Date: 2-May-2018
Description: Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimun di mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lengkap di tapak bina. Komponen dinding adalah salah satu elemen utama bangunan yang menggunakan IBS. Kekurangan rekabentuk terbaik yang mampu memenuhi kehendak binaan di tapak menyebabkan pembaziran kos, tenaga, masa dan bahan. Pengeluaran IBS belum mampu memenuhi permintaan pasaran pembangunan yang meningkat saban tahun. Justeru kerajaan sangat menggalakkan pembangunan dan pengeluaran produk IBS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan binaan komponen dinding yang terbaik dalam pembinaan IBS, membangunkan rekabentuk sistem panel dinding dan teknik pemasangan berkesan berasaskan prinsip IBS, dan seterusnya menganalisis data dan simulasi bagi mendapatkan rekabentuk terbaik yang memenuhi konsep pemasangan dinding IFD (Industrial, Flexible and Demountable). Metodologi kajian yang dijalankan adalah pengumpulan maklumat melalui kajian soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dalam industri IBS. Penelitian juga dilakukan terhadap garis panduan, manual piawaian Malaysia (Malaysian Standard) berkaitan IBS dan pembangunan konsep serta isu teknikal berkaitan IFD. Kajian perbandingan dengan produk sedia ada turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi penambahbaikan rekabentuk. Berdasarkan analisa data, simulasi dan keputusan yang telah diperolehi, rekabentuk prototaip modul dinding telah dibangunkan dan dizahirkan melalui model prototaip berskala 1:20. Hasil kajian turut mendapati bahawa responden lebih cenderung memilih saiz koordinasi panel 600mm x 300mm x 150mm dengan menggunakan konkrit ringan sebagai bahan pilihan. Rekabentuk cadangan terbaik yang dihasilkan mempunyai 60% permukaan bersentuhan antara unit panel dan 40% kawasan persilangan saling kunci. Keputusan yang memuaskan juga telah berjaya diperolehi di mana kemampuan susunan panel dinding tanpa sebarang sokongan ini menahan beban ufuk adalah sehingga 1kN. Kajian rekabentuk inovasi IBS melalui pendekatan IFD adalah penting dalam membawa satu era baru dalam peningkatan teknologi binaan di Malaysia. Ini akan memudahkan pengendalian binaan dinding dan struktur bangunan dalam masa yang lebih singkat. Dengan kajian dan informasi yang lebih terperinci, blok ini juga mampu diintegrasikan di dalam Model Bangunan Berinformasi (BIM).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 109
Call Number: HD9622.A2M843 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100876+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
867.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.