Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457634
Title: Penilaian keselamatan inheren dalam rekabentuk awal proses kimia berdasarkan penghampiran indeks dow kebakaran dan letupan, indeks dow pendedahan bahan kimia dan indeks keselamatan inheren
Authors: Nazatul Naqiah Bahnuddin (P49189)
Supervisor: Mohd Sobri Takriff, Prof. Ir. Dr.
Issue Date: 16-Jun-2011
Description: Pencirian keselamatan inherent harus dinilai secara sistematik pada peringkat awal rekabentuk proses kerana kebanyakkan keputusan yang berkaitan dengan prinsip proses dilakukan pada peringkat pembangunan dan juga konsep rekabentuk. Terdapat beberapa kaedah indeks yang boleh digunakan dalam menentukan tahap keselamatan sesuatu proses. Namun, kebanyakkan indeks-indeks ini bergantung kepada perolehan parameter rekabentuk secara manual seperti perolehan parameter daripada penyelaku rekabentuk proses untuk pengiraan indeks keselamatan inheren. Hal ini menghad keberkesanan penggunaan indeks terutamanya bagi penilaian berulang-ulang terhadap keadaan proses keselamatan inheren dan juga pertukaran bahan-bahan kimia yang digunakan pada peringkat awal rekabentuk. Had ini mendorong kepada objektif penyelidikan ini terhadap intergrasi proses penilaian keselamatan inheren pada peringkat awalan rekabentuk dengan penyelaku proses iCON®. iCON® merupakan penyelaku proses tempatan yang mempunyai antara muka grafik pengguna (GUI) yang mempunyai semua kemudahan yang diperlukan dalam simulasi proses kimia. Selain itu, iCON® juga telah menyediakan penghubung yang membolehkan pengguna memasukkan lembaran daripada Microsoft Excel ke dalam rajah alir proses disamping membenarkan pemindahan data secara dua hala di antara kedua-dua perisian ini. Pendekatan baru ini membenarkan maklumat-maklumat daripada penyelaku rekabentuk proses dipindahkan dan dianalisis untuk menentukan tahap keselamatan inheren sesuatu rekabentuk berdasarkan indeks-indeks tersedia ada seperti Indeks Dow dan Indeks Keselamatan Inheren. Tambahan pula, pemindahan data secara dua hala ICON®-Excel® ini membolehkan satu prosedur kitaran terhadap penilaian dilakukan. Dalam penyelidikan ini, dua kes kajian digunakan untuk melihat keberkesanan rangka kerja integrasi indeks keselamatan inheren iaitu kes penghasilan dimetil eter dan penghasilan asetaldehida. Tiga prinsip utama keselamatan inheren (pengurangan, penggantian dan penyederhanaan) digunakan ke atas reaktor bagi kedua-dua kes kajian. Manakala indeks keselamatan inheren yang digunakan adalah Indeks Dow Kebakaran dan Letupan (F&EI), Indeks Dow Pendedahan Bahan Kimia (CEI) dan juga Indeks Keselamatan Inheren (ISI). Perbandingan antara ISI dan F&EI kemudiannya dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan julat bagi darjah kebahayaan ISI. Berdasarkan penilaian keselamatan inheren yang menggunakan rangka kerja yang telah dibangunkan, prinsip keselamatan inhren yang digunakan berjaya mengurangkan bahaya dalam proses kimia. Hasil daripada perbandingan antara dua Indeks, indeks F&EI dan indeks ISI juga berjaya memberikan julat darjah kebahayaan ISI. Secara keseluruhan, rangka kerja bagi integrasi indeks keselamatan inheren berjaya dibangunkan.,Master / Sarjana
Pages: 137
Call Number: TP155.5.N339 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84580+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.