Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457563
Title: Dinamik bendalir aliran berayun gas-cecair dalam turus bersesekat
Authors: Ahmad Azahari bin Hamzah (P49193)
Supervisor: Mohd Sobri Takriff, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Dinamik bendalir
Gas-cecair
Bersesekat
Oscillators
Transistor
Issue Date: 7-Jun-2011
Description: Aliran berayun dalam turus bersesekat (OBC) mempunyai potensi besar dalam aplikasi industri pemprosesan. Di antara kelebihan utama turus aliran berayun adalah fenomena pengangkutan yang cekap dan keupayaanya mencapai aliran palam. Salah satu aplikasi yang sesuai untuk OBC adalah penyentuhan fasa gas-cecair yang sering ditemui dalam industri pemprosesan. Walaubagaimanpun sangat sedikit kajian sifat dinamik aliran gas-cecair dalam OBC. Kajian penyelakuan dinamik bendalir pengkomputeran (CFD) yang dilakukan sehingga kini cuma terhad kepada sistem 2 dimensi aliran cecair sahaja dan memfokus kepada corak aliran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sifat dinamik aliran gas-cecair dalam OBC di mana udara dan air digunakan. Skop kajian ini meliputi penyelakukan CFD mengunakan perisian FLUENT® 6.3 dan pengimejan aliran gas-cecair mengunakan teknologi tomografi rintangan elektrik (ERT) ITS P2000. Turus OBC bergarispusat 145 mm sepanjang 1 meter yang dipasangkan sesekat pada sela 220 mm serta dilengkapi omboh pneumatik pada bahagian bawahnya telah dibina untuk kajian ini. Sistem ERT dengan 4 satah 16 elektrod keluli tahan karat dipasangkan mengelilingi turus OBC bagi mendapatkan imej aliran gas-cecair dalamnya. Penyelakuan CFD aliran gas-cecair di dalam turus OBC dilaksanakan mengunakan perisian FLUENT® 6.3. Model turus OBC bergarispusat 145 mm dengan jarak sesekat 220 mm dibangunkan dan dijalankan proses penjaringan menggunakan GAMBIT® 2.3 yang kemudiannya dieksport ke FLUENT® 6.3 bagi mencirikan aliran berayun gas-cecair dalam OBC. Model lamina tidak mantap 2 dimensi telah digunakan bagi melihat corak aliran dalam fasa tunggal kemudian diikuti oleh aliran dwi-fasa dalam 3 dimensi bagi menerangkan dan menggambarkan dengan lebih jelas dinamik aliran gas-cecair dalam OBC. Keputusan pengimejan ERT dan penyelakuan CFD menunjukan sifat dinamik aliran berayun gascecair amat dipengaruhi oleh keamatan ayunan yang dikenakan kepada bendalir. Amplitud ayunan adalah parameter operasi yang lebih dominan berbanding dengan frekuensi. Keputusan penyelakuan CFD yang diperolehi menunjukkan persetujuan yang baik dengan imej yang diperolehi melalui sistem ERT. Melalui manipulasi frekuensi dan amplitud ayunan, keadaan optimum bagi skala OBC yang dikaji bagi aliran gas-cecair ialah pada amplitud 7 mm dan frekuensi 1 Hz. Model CFD yang dibangunkan boleh digunakan untuk peningkatan skala OBC bagi aplikasi yang melibatkan aliran gas-cecair.,Master/Sarjana
Pages: 153
Call Number: TK7872.O7.A376 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74364+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.