Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457410
Title: Penggunaan maklumat sistem kawalan pengurusan dalam meningkatkan prestasi inovasi
Authors: Salma Khalidah Sa'adon (P68426)
Supervisor: Amizawati Mohd. Amir, Dr.
Keywords: Management information systems
Innovations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 15-Jan-2016
Description: Inovasi kini perlu dilaksanakan secara konsisten di dalam sektor pembuatan, supaya seiring dengan perubahan cita rasa pelanggan dan teknologi. Inovasi bukan sahaja dapat mengekalkan daya saing organisasi malah yang lebih utama adalah meningkatkan ekonomi negara secara global. Namun, perkembangan aktiviti inovasi di industri pembuatan agak perlahan dan kurang memberangsangkan. Antara punca masalah ini berlaku ialah ketidakpastian yang berlaku di pasaran dan ketegaran organisasi untuk melakukan perubahan. Berhubung dengan dua faktor penghalang ini, dapat dilihat kepentingan maklumat Sistem Kawalan Pengurusan (SKP) untuk membantu pelaksanaan aktiviti inovasi. SKP merupakan sumber maklumat rutin dan formal di dalam syarikat. Penggunaan maklumat SKP yang dijana melalui Levers of Control (LOC) dapat mengintegrasikan peranan SKP untuk mengurus ketidakpastian dan mengawal aktiviti inovasi, seterusnya mempertingkat prestasi inovasi organisasi. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara penggunaan maklumat SKP yang dijana melalui LOC dengan inovasi radikal dan inovasi inkremental, serta kesannya terhadap prestasi inovasi. Teori pemprosesan maklumat organisasi digunakan sebagai asas pembentukan model kajian. Teori ini menyatakan inovasi mempunyai ketidakpastian yang berbeza, oleh itu pengurus perlu menggunakan maklumat SKP yang berbeza strukturnya (mekanistik atau organik). Data kajian dikutip menggunakan soal selidik secara mel dan responden kajian ialah 102 Pengurus Pembangunan Produk syarikat pembuatan di bawah Persatuan Pengilang Malaysia. Model laluan dengan tujuh hipotesis utama dianalisis dengan SEM menggunakan perisian PLS- Smart Version 3.0. Hasil kajian mendapati penggunaan maklumat Sistem Kepercayaan (visi dan misi) berhubungan positif dengan inovasi inkremental dan inovasi radikal. Berfokuskan Sistem Pengukuran Prestasi (SPP) sebagai sumber maklumat, kajian turut mendapati penggunaan secara diagnostik berhubungan positif dengan inovasi inkremental, sementara penggunaan secara interaktif berhubungan positif dengan inovasi radikal, dan seterusnya inovasi inkremental dan inovasi radikal berhubungan positif dengan prestasi inovasi. Bukti penemuan ini menambahkan lagi pengetahuan berkaitan kepentingan penggunaan maklumat SKP untuk melaksanakan inovasi, khususnya di Malaysia. Penemuan ini memberikan input kepada pengurus untuk memberikan tumpuan kepada peranan maklumat SKP kerana ia sangat membantu organisasi merancang, mengawal dan mengurus ketidakpastian aktiviti inovasi dengan lebih baik dan berterusan.,Sarjana Perakaunan
Pages: 172
Call Number: HD30.2.S249 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80589+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
251.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.