Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457402
Title: | Tahap pelaporan modal intelek dan faktor budaya etnik di Malaysia |
Authors: | Sumayah Mohamed (P43507) |
Supervisor: | Noradiva Hamzah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Intellectual capital -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Sep-2011 |
Description: | Kajian ini melihat tahap pendedahan modal intelek di Malaysia dan pengaruh budaya etnik terhadapnya. Dua kaedah analisa data digunakan iaitu analisis kandungan dan analisa regresi menggunakan skor normal. Analisis kandungan dijalankan terhadap pendedahan modal intelek yang terdiri daripada modal insan, modal struktur dan modal perhubungan dalam laporan tahunan 2005, 2006 dan 2007 bagi 77 syarikat yang berasaskan teknologi. Analisis keseluruhan menunjukkan pendedahan modal insan (37.89%) merupakan yang paling banyak diikuti modal perhubungan (32.68%) dan modal struktur (29.43%). Manakala perbezaaan dari tahun ke tahun menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pendedahan modal insan dan modal struktur. Keadaan ini boleh dijelaskan dengan adanya dasar kerajaan yang memberi penekanan untuk memantapkan modal insan di Malaysia dari semasa ke semasa. Kajian lepas membuktikan modal insan yang berkualiti merupakan penentu kepada pengaliran masuk pelaburan langsung dari luar di negara-negara sedang membangun. Analisa regresi menggunakan skor normal pula dijalankan untuk melihat hubungan budaya etnik terhadap tahap pendedahan tersebut di Malaysia. Keunikan budaya di Malaysia yang terdiri daripada tiga etnik terbesar iaitu etnik Melayu, Cina dan India telah dijadikan proksi kepada budaya Malaysia. Kajian ini melihat kesan proksi ini terhadap pendedahan modal intelek. Menggunakan teori identiti sosial bersama-sama rangka kerja Gray (1988) yang berasaskan dimensi budaya yang dipelopori oleh Hofstede (1980), kajian ini melihat etnik budaya dari perspektif tadbir urus korporat. Peranan yang dimainkan oleh pengarah urusan, pengarah kewangan, pengerusi dan ahli jawatankuasa audit mengikut etnik masing-masing dan latar belakang akademik ahli lembaga pengarah merupakan pembolehubah bebas manakala saiz firma, keumpilan dan pulangan atas ekuiti merupakan pembolehubah kawalan. Analisa regresi menggunakan skor normal mendapati, daripada 5 hipotesis utama yang diuji, 2 hipotesis disokong iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara budaya etnik pengarah kewangan dan jawatankuasa audit terhadap pendedahan modal intelek. Manakala 3 lagi hipotesis tidak disokong iaitu hubungan antara budaya etnik pengarah urusan, pengerusi dan hubungan yang positif antara Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang kewangan atau perakaunan terhadap pendedahan modal intelek. Kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa budaya etnik mereka yang memegang jawatan penting dalam pelaporan kewangan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pendedahan modal intelek bagi syarikat-syarikat di Malaysia.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 206 |
Call Number: | HD53.S845 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74578+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 9.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.