Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456154
Title: Faktor halangan dan fasilitator kepada kepatuhan ubat pengelat zat besi dalam kalangan pesakit dewasa talasemia bergantung transfusi
Authors: Chong Chia Chee (P91293)
Supervisor: Mohd Makmor-Bakry, Prof. Madya Dr.
Keywords: Thalassemia
Transfusion Medicine
Blood Transfusion
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Jul-2022
Description: Ketidakpatuhan pada ubat pengelat zat besi (ICT) merupakan isu yang membimbangkan dalam kalangan pesakit talasemia, terutamanya di negara-negara yang sedang membangun dengan sumber yang kurang. Kajian-kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi isu ketidakpatuhan dalam populasi ini adalah terhad. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan komplikasi akibat ketoksikan zat besi. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor halangan dan fasilitator kepada ICT dalam kalangan pesakit dewasa talasemia yang bergantung transfusi (TDT). Fasa I melibatkan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu-bual bersemuka separa berstruktur. Dua puluh satu orang peserta yang berlainan jantina, etnik, status sosioekonomi dan tahap pendidikan telah dipilih untuk mencapai variasi maksimum dalam persampelan. Data dikumpul sehingga mencapai ketepuan. Kesemua sesi temubual dirakam audio dan ditranskripkan secara verbatim. Data dianalisa secara manual menggunakan kaedah analisis tematik, dan dikelola menggunakan perisian Atlas.Ti. Pada Fasa II, kajian keratan rentas menggunakan soal-selidik yang telah divalidasi digunakan untuk mengenalpasti kepentingan halangan-halangan utama yang mempengaruhi kepatuhan pada rawatan. Dalam perbincangan keseluruhan, dapatan daripada Fasa I dan Fasa II dipetakan ke Modul Pendidikan Talasemia yang sedia ada untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan. Strategi yang disasarkan untuk meningkatkan kepatuhan pesakit seterusnya dicadangkan berdasarkan hasil pemetaan. Keputusan dari Fasa I telah mengenalpasti lima tema faktor-faktor halangan yang merangkumi faktor yang berkaitan pesakit, faktor yang berkaitan dengan ubat, hubungan dengan pengamal perubatan, faktor yang berkaitan dengan sosial-budaya dan konteks persekitaran dan sumber-sumber. Tema faktor-faktor fasilitator yang mendorong kepatuhan rawatan pesakit dari segi perspektif pesakit turut dikenalpasti. Dapatan soal-selidik keratan rentas pada Fasa II menunjukkan kepentingan setiap faktor halangan-halangan dari perspektif pesakit yang kemudiannya dihubungkan ke Kerangka Domain Teoretikal dan seterusnya Model COM-B untuk analisa terperinci. Dapatan daripada kedua-dua fasa kajian telah menambahbaik modul pendidikan pesakit sedia ada pada komponen kandungan dan implementasi kaedah kaunseling. Kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti halangan utama dan tahap kepentingannya ke atas ketidakpatuhan terhadap ICT. Cadangan rangka kandungan Modul Pendidikan Pesakit yang telah tambahbaik dalam usaha meningkatkan kepatuhan ubat-ubatan dalam kalangan pesakit talasemia ini telah disediakan,Ijazah Sarjana
Pages: 194
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129735+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.