Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456151
Title: Liposom permukaan tereka bentuk bagi strategi penyasaran dan penghantaran dwi dadah terhadap Staphylococcus Aureus Rintangan Metisilin (MRSA)
Authors: Nur Najihah 'Izzati Mat Rani (P97977)
Supervisor: Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Prof. Dr.
Keywords: Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus
Liposomes
Antibiotics
Red Blood Cells
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Mar-2022
Description: Jangkitan bakteria yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap pelbagai antibiotik meningkat oleh kerana penggunaan antibiotik yang berlebihan seperti yang dilaporkan dalam kajian klinikal kini. Antara bakteria yang sering mendapat perhatian adalah Staphylococcus aureus rintangan metisilin (MRSA). Oleh itu, pengembangan sistem penyampaian antibiotik sering kali diperlukan dalam usaha untuk mengurangkan daya tahan dan meningkatkan jangka hayat antibiotik. Kajian ini memfokuskan pada enkapsulasi vankomisin ke dalam nanoliposom, dilapisi dengan membran sel darah merah lengkap dengan komponen sasaran Dapt - PEG - DSPE ini merupakan hasil daripada konjugasi di antara antibiotik daptomisin dan NHS-PEG3400-DSPE polimer yang mampu memberikan penyampaian dadah yang terkawal dan dapat disasarkan ke sitoplasma bakteria. Pengesahan konjugasi sebatian agen penyasaran melalui ikatan amida dinilai dengan menggunakan analisis resonans nukleus magnetik (NMR), analisis spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR) dan spektrometri jisim MALDITOF. Morfologi sfera liposom yang dilapisi dengan membran sel darah merah (RBCDVL) dapat dilihat melalui pengimejan transmisi mikroskop elektron (TEM) dan sitometer aliran. Keberkesanan enkapsulasi antibiotik ke dalam liposom dilapisi membran sel darah merah (RBCDVL) dapat dikesan menggunakan pengesanan pendarfluor dan perbezaan lapisan formulasi dapat dilihat dengan ketara melalui plot kontur sitometer aliran. Kira-kira 40% vankomisin dan 87% daptomisin telah dimuatkan ke dalam RBCDVL. Pelepasan antibiotik yang dimuatkan ke dalam formulasi yang dihasilkan adalah bersifat terkawal (>72 jam) berbanding antibiotik bebas (<12 jam). Hal ini disebabkan oleh pemuatan antibiotik ke dalam liposom, menyebabkan perlunya menyeberangi lapisan dwilipid dan lapisan sel darah merah sebelum dilepaskan. Formulasi yang dihasilkan juga mampu menghindari pengesanan oleh sel makrofaj (RAW264.7) seperti yang ditunjukkan oleh pengimejan mikroskop laser dan sitometer aliran. Kajian biodistribusi data in vivo, menunjukkan bahawa liposom dan RBCDVL mempunyai peredaran darah yang berpanjangan. Aktiviti antibakteria dinilai terhadap bakteria MRSA dengan teknik mikropencairan dan prob pendarfluor digunakan untuk menilai kebolehtelapan formulasi. Peratusan kematian bakteria secara kuantitatif (> 80%) adalah dalam 4 jam berbanding dengan antibiotik bebas. RBCDVL, DAPT-L dan VAN-L secara tidak langsung mengurangkan kepekatan perencatan minimum (MIC) dan secara signifikan meningkatkan kebolehtelapan formulasi terhadap bakteria. Ujian toksisiti pada sel mamalia in vitro dan in vivo serta aktiviti hemolisis terhadap eritrosit manusia juga dikaji dan hasilnya menunjukkan bahawa antibiotik yang dimuat ke dalam liposom dan RBCDVL mencatatkan kesan toksisiti minimum. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa strategi penyasaran dwiantibiotik yang dimuatkan di dalam liposom dan dilapisi dengan membran sel darah merah dapat meningkatkan penyampaian antibiotik yang disasarkan terhadap MRSA,Ijazah Sarjana
Pages: 135
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128031+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.