Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456138
Title: Sintesis dan kesan perencatan sebatian terbitan baru kalkon ke atas pempolimeran tubulin
Authors: Yasmin binti Tajuddin (P47809)
Supervisor: Malina Jasamai, Dr.
Keywords: Agen antikanser
Tubulin
Dadah antitubulin
Tindak balas kondensasi Claisen-Schmidt
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jul-2014
Description: Agen antikanser mempunyai skop mekanisme yang luas di dalam pelbagai tapak jalan biologi. Perencatan pempolimeran tubulin adalah salah satu daripada mekanisme yang jarang dikaji. Kalkon merupakan sebatian yang dijumpai dalam tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional. Walaupun terbitan kalkon telah menunjukkan pelbagai aktiviti biologi, sifat antitubulin pada sebatian ini adalah sifat yang jarang diterokai. Dadah antitubulin di pasaran adalah sememangnya efektif, namun kesan sampingan seperti ketoksikan neuro menyukarkan penggunaannya untuk jangka masa yang panjang. Maka, dadah antitubulin yang baru dengan ciri keselamatan yang baik dan sesuai untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang adalah diperlukan. Kajian ini bertujuan untuk mensintesis dua siri terbitan kalkon dan menilai aktiviti sitotoksik dan antitubulinnya. Dalam kajian ini, enam terbitan baru kalkon telah disintesis melalui tindak balas kondensasi Claisen-Schmidt. Struktur kimia dipastikan melalui pelbagai analisis spektroskopi. Ujian kesitotoksikan terbitan-terbitan baru kalkon ini dijalankan dengan menggunakan reagen MTT terhadap sel HT-29 iaitu sel selanjar adenokarsinoma kolorektal manusia dan peratus sel yang hidup dikira selepas sel dirawat oleh terbitan-terbitan kalkon. Ujian ini adalah untuk mendapatkan julat kepekatan terbitan kalkon yang akan digunakan untuk asai pempolimeran (1.25 μM hingga 20 μM). Ujian antitubulin pula dijalankan dengan menggunakan kit asai pempolimeran tubulin untuk mendapatkan pola graf bacaan serapan bagi setiap terbitan kalkon yang dijana untuk menunjukkan berlakunya perencatan pempolimeran tubulin. Kawalan positif dan negatif bagi ujian ini ialah nokodazol dan paklitaksel. Terbitan kalkon (2.0), (2.1) dan (2.3) merencat pempolimeran tubulin dengan pada kepekatan 2.5 μM sementara terbitan kalkon (2.2) pula didapati menstimulan pempolimeran tubulin pada kepekatan 2.5 μM. Kesimpulannya, terbitan-terbitan kalkon (2.1) dan (2.2) yang telah disintesis menunjukkan sifat antitubulin yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antikanser. Namun kajian yang lebih mendalam terhadap terbitan-terbitan kalkon ini adalah perlu untuk mengesahkan ciri keselamatannya.,Ijazah Sarjana Sains
Pages: 151
Call Number: QZ267.Y29s 2014 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83807+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
369.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.