Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456130
Title: Aktiviti antibakteria orthosiphon stamineus benth dan ficus delitoidea jack ke atas bakteria oral patogenik
Authors: Nuramirah binti Azizan (P78316)
Supervisor: Ibrahim Jantan, Dato' Prof Dr
Keywords: Antibakteria
Bakteria oral
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2018
Description: Kajian ini dijalankan untuk menentukan aktiviti antibakteria Orthosiphon stamineus Benth dan Ficus deltoidea Jack ke atas tujuh spesies bakteria oral patogenik invasif yang terdiri daripada Enterococcus faecalis, Streptococcus mutans, Streptococcus mitis, Streptococcus salivarius, Aggregatibacter actinomycetemcomitans, Porphyromonas gingivalis dan Fusobacterium nucleatum. Analisis komposisi kimia ke atas minyak pati dan ekstrak etanol kedua-dua tumbuhan masing-masing dijalankan menggunakan kaedah kromatografi gas dan kromatografi gas-spektrometri jisim serta kromatografi cecair berprestasi tinggi. Aktiviti antibakteria ekstrak dan komponen piawai masingmasing dianalisis menggunakan kaedah pencairan kaldu (kepekatan perencatan minimum, MIC; kepekatan bakterisidal minimum, MBC). Ujian antilekatan, antibiofilem, papan dam (checkerboard) dan time-kill juga dijalankan. Perubahan fisiologi sel bakteria kajian selepas rawatan dengan ekstrak juga dianalisis melalui pemerhatian di bawah mikroskop elektron imbasan (field emission scanning electron microscope, FESEM). Kajian kami mendapati kebanyakan komponen minyak pati O. stamineus dan F. deltoidea terdiri daripada kumpulan seskuiterpena (44.6% dan 60.9%) dengan sebatian utama adalah dengan sebatian utama adalah -kariofelena (26.3% and 36.3%). Sebatian major lain yang dikenalpasti terdapat dalam minyak pati O. stamineus termasuk -humulena (5.06%), bisiklogermakrena (7.68%) dan eugenol (8.1%) manakala α-humulena (5.5%) dan germakrena D (7.68%) adalah sebatian utama dalam minyak pati F. deltoidea. Sebahagian komponen dalam ekstrak etanol O. stamineus termasuk sinensetin dan asid rosmarinik manakala lupeol, viteksin dan isoviteksin merupakan antara komponen dalam ekstrak etanol F. deltoidea. Hasil ujian penentuan aktiviti antibakteria mendapati minyak pati dan komponen piawai kedua-dua jenis tumbuhan mempunyai aktiviti antibakteria ke atas semua spesies bakteria oral kajian pada kepekatan 0.63-2.5 mg/mL (nilai MIC dan MBC) tetapi tiada kesan pada biofilem monospesies. Namun, semua spesies bakteria oral dan juga biofilem monospesies menunjukkan kerentanan ke atas ekstrak etanol dan komponen piawai kedua-dua jenis tumbuhan kajian pada kepekatan 1.25-25.0 mg/mL (nilai MIC dan MBC). Kepekatan 2x serta 1x dan 2x nilai MIC masing-masing merupakan kombinasi paling efektif [(minyak pati + Amoxicillin) dan (ekstrak etanol + Amoxicillin)] yang bersifat aditif ke atas semua spesies bakteria oral kajian. Pemerhatian FESEM menunjukkan minyak pati kedua-dua jenis tumbuhan juga mengakibatkan perubahan dominan morfologi sel bakteria Gram negatif berdasarkan kepada penghasilan bentuk pleomorfik dan lisis yang terjadi selepas rawatan. Ekstrak etanol juga mendatangkan kesan yang signifikan ke atas morfologi sel bakteria Gram negatif berbanding bakteria Gram positif. Hasil pemerhatian ini menunjukkan mekanisma tindakan kedua-dua jenis tumbuhan berkemungkinan mensasarkan gangguan pada struktur dan fungsi membran atau dinding sel bakteria. Kesimpulan kajian ialah O. stamineus dan F. deltoidea mempunyai aktiviti antibakteria berciri sederhana yang signifikan ke atas bakteria oral patogenik.,Sarjana Sains
Pages: 174
Call Number: QV350.N974a 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100753+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
612.76 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.