Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456110
Title: Penyelidikan dan ekskavasi tapak candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah
Authors: Muhammad Nu'man Mohd Nasir (P88951)
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arkeologi di Malaysia
Tapak candi
Sejarah Kedah
Ekskavasi
Archaeology--Malaysia--History
Issue Date: 13-Apr-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk membongkar tinggalan arkeologi di Tapak Candi Kampung Baru, Kota Kuala Muda, Kedah yang berupa tinggalan artifak, ekofak dan juga fitur yang dijumpai hasil daripada kerja-kerja eksplorasi Sungai Muda yang telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 hingga 2011. Kedudukan tapak candi ini adalah berhampiran dengan Kampung Sungai Mas yang merupakan pusat pentadbiran dan pelabuhan entrepot kerajaan Melayu Kedah Tua sejak abad ke-2 hingga 14 Masihi, maka kajian lanjut perlu dilakukan untuk melihat kepada kepentingan Tapak Kampung Baru ini dalam konteks pensejarahan Kedah Tua. Objektif kajian yang telah ditetapkan untuk kajian ini, pertamanya adalah untuk mengenalpasti struktur dan fungsi monumen melalui ekskavasi arkeologi secara horizontal. Kedua, untuk menganalisis jumpaan artifak yang berasosiasi dengan monumen. Ketiga, untuk mengenalpasti sumbangan masyarakat tempatan dalam bidang sains dan teknologi melalui analisis saintifik terhadap artifak bata dan tembikar tanah. Keempat, untuk mengsintesis secara keseluruhan data untuk melihat peranan dan sumbangan tapak ketika Zaman Protosejarah. Kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada kajian lepas dan juga kitab Manasara Silapasastra juga telah dilakukan untuk menganalisis kaedah pembinaan candi Buddha dan Hindu berdasarkan kitab tersebut. Seterusnya kaedah galicari arkeologi dan analisis tipologi, morfologi, serta analisis saintifik menggunakan instrumen XRD dan XRF juga turut digunapakai dalam kajian ini. Hasil ekskavasi serta penyelidikan yang dilakukan mendapati monumen yang ditemui merupakan sebuah candi Buddha berdasarkan kepada orientasi arah utara-selatan candi ini serta kesan aksara Pallava. Galicari juga telah menemukan sebanyak 7595 serpihan tembikar tanah di mana 1698 serpihan daripada tembikar tanah tersebut mempunyai motif hiasan. Selain itu terdapat jumpaan alat batu sebanyak 48 buah yang dipercayai turut digunakan dalam aktiviti pembuatan tembikar tanah dan aktiviti harian di Tapak Arkeologi Kampung Baru. Bata yang digunakan untuk membina struktur asas candi ini terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakan bentuk adalah bersegi empat tepat dan ada juga bata yang mempunyai bahagain tepi bersudut 45° dan semi bulatan. Hasil analisis komposisi bahan bata juga mendapati komposisi bahan iaitu unsur utama dan unsur surih pada bata Candi Kampung Baru mempunyai persamaan yang hampir dengan komposisi lempung yang terdapat di kawasan Lembah Bujang kerana didapati bahan mentah bata tersebut diambil daripada lembangan Sungai Bujang dan juga Sungai Muda. Berdasarkan Manasara Silapasastra, candi ini dibina di persekitaran yang amat baik dan strategik dengan Gunung Jerai di sebelah utara, Sungai Muda sebagai sumber air dan saliran pertanian di sebelah selatan serta kehadiran entrepot. Peranan masyarakat tempatan Kedah Tua tidak dapat dinafikan dalam memakmurkan Kedah Tua dan ianya dapat dibuktikan melalui sumbangan mereka dalam bidang sains dan teknologi, seperti penghasilan bata candi, tembikar tanah, dan juga artifak lain terutamanya seperti manik.,Sarjana Persuratan
Pages: 169
Call Number: DS598.K28 M837 2019 8tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113094+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.