Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456105
Title: Yasadipura II: pujangga kerajaan Jawa yang kontroversial
Authors: Venny Indria Ekowati. (P44202)
Supervisor: Ding Choo Ming, Prof.
Keywords: Javanese literature -- 18th century -- History and criticism
Yasadipura II
Raden Ngabehi
-- 1760-1844
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Aug-2011
Description: Tesis ini menyoroti imej dan kepengarangan Yasadipura II (1760-1844 M) sebagai pujangga keraton dalam Kerajaan Yogyakarta berdasarkan kritikannya kepada raja-raja Jawa, termasuk Pakubuwana IV (1788-1820 M), dalam karyanya Serat Wicara Keras (SWK) , yang isi dan nadanya berbeza daripada karyanya yang lain dan juga karya pujangga keraton yang lain Berasal daripada keluarga pujangga keraton turun-temurun dan dilengkapi pendidikan di pesantren, Yasadipura II tidak dapat mengembangkan nilai moral yang sebahagiannya datang daripada ajaran Islam dan sebahagian yang lain datang daripada nilai tradisional Jawa, kerana raja-raja Jawa bukan sahaja memandang rendah kepadanya, tetapi juga telah melantik tokoh-tokoh agama yang lain untuk menyainginya. Setelah mendapati tidak lagi mendapat penghormatan daripada raja-rajanya, lebih-lebih lagi mempunyai hubungan yang tidak baik dengan menteri-menteri kanan, pegawai-pegawai yang besar kuasanya, dan tokoh-tokoh agama yang tidak disukainya, maka beliau tergamak meluahkan kemarahannya secara terbuka dan berselindung kepada mereka yang tidak disukainya di satu pihak, dan memuja pemimpin dan tokoh disukai beliau di satu pihak yang lain. Memandangkan kritikan secara terbuka kepada raja-raja dan pegawai tinggi kerajaan itu telah melanggar kod etika sebagai pujangga keraton dan kontrak sosial beliau yang dikehendaki berkhidmat dengan setia kepada raja-raja, maka SWK yang telah ditulis pada tahun 1789 itu tidak pernah diterbitkan secara rasmi. Akibatnya, karya itu hanya diedarkan dalam bentuk manuskrip. Kini, ada lapan versi manuskrip yang berbeza-beza daripada teks itu di Muzium Sonobudoyo Yogyakarta. Untuk mengkaji topik ini, telah dibaca kesemua versi itu untuk mendapat maklumat mengenai biografi, sifat, pendidikan, nilai moral, kemarahan dan kritikan Yasadipura II dan kepengarangannya yang amat sedikit daripada sumber sekunder yang lain. Untuk menyelesaikan kajian ini, telah digunakan naskhah C SWK, dengan kod P20 di Muzium Sonobudoyo yang didapati yang paling lengkap dan baik isinya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan
Pages: 299
Call Number: PL5179.Y36Z54 201 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
776.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.