Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456104
Title: Kepelbagaian variasi bahasa Iban dan corak pemilihannya dalam interaksi: kajian kes di bahagian barat Sarawak
Authors: Remmy Gedat (P52814)
Supervisor: Chong Shin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Iban language -- Phonology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Aug-2011
Description: Suku Iban merupakan suku terbesar di Sarawak. Tradisi pengkajian ilmiah tentang bahasa suku Iban biasanya berfokus kepada aspek struktur bahasa seperti fonologi, morfologi dan sintaksis serta leksikografi. Para pengkaji bahasa suku Iban juga didapati seolah-olah menyahkan ciri diversiti yang wujud dalam bahasa ini dengan cenderung menggunakan satu istilah, iaitu bahasa Iban sebagai penamaan untuk semua bahasa suku Iban di Sarawak yang diteliti. Sehubungan dengan itu, tesis ini bertujuan meninjau variasi-variasi dalam bahasa berkenaan dan mengenalpasti corak-corak interaksi yang wujud apabila penutur-penutur Iban dari latar belakang variasi Iban yang berbeza. Dua metodologi dipraktikan dalam kajian ini. Pertama, pengumpulan kosa kata bahasa Iban di Rumah-rumah Panjang di Lundu, Betong, Kanowit dan kampung Sampun, bahagian barat Sarawak. Kedua, rakaman tak sedar. Melalui kaedah ini, perbualan-perbualan informan Iban dirakam untuk menganalisis corak-corak interaksi yang diwujudkan. Kajian ini telah menemui empat variasi Iban, iaitu variasi Iban Lundu-Betong, Samarahan, Sibu dan Iban Standard (lisan). Di antaranya, variasi Iban Samarahan berhubungan jauh dengan variasi Sibu, Lundu-Betong dan Iban Standard (lisan); dari segi fonologi, walaupun variasi Samarahan dan Sibu memperlihatkan persamaan, iaitu kewujudan kesepadanan r : h, namun perbezaannya sangat nyata dari aspek leksikal; dan, variasi Lundu-Betong pula berhubungan sangat dekat dengan variasi Iban Standard (lisan), baik dari aspek leksikal mahupun fonologi. Di dalam komuniti linguistik yang majmuk dari segi variasi Iban, terdapat tiga corak interaksi yang diwujudkan oleh penutur-penutur Iban semasa berinteraksi, iaitu 1) penggunaan variasi Iban Standard (lisan); 2) menggunakan masing-masing variasi; dan, 3) melakukan akomodasi pertuturan terhadap variasi lawan bicara. Ketiga-tiga corak interaksi ini amat berkait rapat dengan domain-domain seperti tempat, darjah keakraban, tahap kompetensi, topik perbualan dan sebagainya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan
Pages: 155
Call Number: PL5060.95.I23R44 201 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114829+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.