Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456101
Title: | Cerita lisan dan siklus pertanian padi bukit: kajian etnolinguistik Dayak Benawas di Sejaong, Kalimantan Barat |
Authors: | Petrus Derani (P44203) |
Supervisor: | Chong Shin, Dr. |
Keywords: | Anthropological linguistics -- West Kalimantan Dayak (Indonesian people) -- West Kalimantan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Oct-2009 |
Description: | Kajian mengenai masyarakat dan bahasa di Pulau Borneo telah mula bermunculan dan tidak sedikit yang didokumentasikan oleh peneliti dari Pulau Borneo sendiri mahupun peneliti dari luar Pulau Borneo itu. Namun demikian, kajian mengenai kehidupan masyarakat Benawas, sebuah komuniti etnik peribumi yang telah dicatat dalam tulisan sejak tahun 1856, belum pernah dilakukan. Oleh sebab itu, telah dijalankan sebuah kajian etnolinguistik terhadap suku Dayak Benawas itu, khasnya di Kampung Sejaong yang terletak lebih kurang 300 km dari pantai Kalimantan Barat, Indonesia. Kewujudan masyarakat Benawas di kawasan itu terapit oleh pelbagai masyarakat yang berlainan suku dan bahasa. Kajian ini meninjau cerita tradisional Benawas mengenai masyarakat dan budaya berladang, yakni Mamamkng Bulatn Jadi Macatn, dan membandingkan isinya dengan siklus berladang masyarakat Benawas. Hasil kajian yang dipaparkan di sini menunjukkan bahawa, walaupun kadar kepelbagaian suku dan bahasa yang terdapat di Sekadau, yang tinggal dan hidup bersama, namun bahasa dan budaya Benawas masih lagi wujud dalam kehidupan dan kebiasaan masyarakat tempatan. Analisis dari sudut pandang budaya melalui struktur perladangan mendapati bahawa cara dan kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat Benawas masih sarat dengan kepercayaan tradisional sehingga perekonomian, pola pemukiman, struktur sosial, ritual adat dan hukum adat berpunca dan berpusat pada sistem perladangan mereka. Begitu juga dengan analisis sastera, kandungan di dalamnya menampilkan gambaran yang boleh menerangkan budaya masyarakat tempatan secara turun-temurun dalam menjalankan kebiasaan hidup serta mempertahankan kelangsungannya. Kebergantungan kepada nasi, yang dihasilkan dengan sistem ladang itu telah menyebabkan manusia berkumpul membentuk masyarakat, dan dengan menggunakan nasi itu pula, manusia yang telah menjadi harimau dapat dikembalikan menjadi manusia biasa yang bermasyarakat. Kajian ini merupakan dokumentasi tertulis daripada budaya masyarakat Benawas yang sedikit demi sedikit mula terdesak dan terhakis kewujudannya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan |
Pages: | 157 |
Call Number: | P35.5.I5D444 2009 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114618+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.