Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456087
Title: Evolusi perkembangan blok dalam proses pembuatan batik blok di Negeri Kelantan
Authors: Norlelawaty Haron (P69633)
Supervisor: Nik Hassan Shuhaimi, Prof. Emiretus Dato'
Keywords: Batik-Malaysia-Kelantan
Issue Date: 25-Aug-2015
Description: Sejarah perkembangan industri batik berlaku sejajar dengan evolusi penggunaan blok batik. Di awal proses pembatikan pelbagai teknik telah digunakan oleh pembatik bagi mempelbagaikan produk mereka. Perkembangan ini memperlihatkan dua tahap penting iaitu tempoh antara 1911 hingga 1928 yang merupakan peringkat asas dalam penyediaan usaha-usaha membatik. Manakala tahap kedua, antara tahun 1928 hingga 1940an, menyaksikan peringkat terciptanya perusahaan membatik melalui pelbagai cara. Kedua-dua tahap ini merupakan asas penting kepada kemajuan perusahaan kain batik di Malaysia hari ini. Blok batik atau sarang bunga merupakan salah satu alat yang digunakan oleh pembatik untuk membuat rekacorak pada permukaan kain. Pelbagai jenis blok telah digunakan dari awal kemunculannya sehingga kini. Penggunaan blok dalam seni membatik semakin kurang berikutan kecanggihan teknologi yang digunakan untuk mempercepatkan proses serta mendapatkan corak yang pelbagai mengikut kehendak pasaran. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan utama iaitu bagaimana penggunaan blok dalam proses pembuatan batik blok? Dan persoalan keduanya adakah dan bagaimanakah berlakunya evolusi disebalik penggunaan blok dalam proses pembuatan batik blok di negeri Kelantan? Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kebudayaan. Hasil kajian mendapati evolusi berlaku dan boleh dilihat dari beberapa aspek seperti jenis blok, corak, motif, bahan, peralatan dan teknik pembuatan. Sebagai kesimpulan, penelitian ini amat penting bagi memelihara teknik membatik menggunakan blok agar tidak pupus dalam arus pemodenan dan seharusnya ia dilestarikan sebagai lambang dan identiti masyarakat Melayu supaya diwarisi dari zaman ke zaman.,Sarjana Pendidikan
Pages: 233
Call Number: TT852.5.N647 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83430+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
9.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.