Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456085
Title: | Haiwan dalam peribahasa Melayu: analisis semiotik |
Authors: | Wan Norasikin Wan Ismail (P60096) |
Supervisor: | Abdul Latif Samian, Prof. Dr. |
Keywords: | Peribahasa Melayu Simbol haiwan Analisis semiotik Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Sep-2016 |
Description: | Peribahasa merupakan komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang mencorakkan nilai budi bahasa orang Melayu yang cukup peka dengan alam persekitarannya termasuklah flora dan fauna. Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Melayu dianggap bersesuaian dengan adab masyarakat Melayu yang mementingkan nilai budi bahasa dan kesantunan dalam berkomunikasi. Data-data dalam kajian ini diambil daripada tiga pangkalan data, iaitu Pangkalan Data ATMA (PADAT) Universiti Kebangsaan Malaysia , Pangkalan Data Korpus (PDK) Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengkaji perlambangan haiwan dalam peribahasa Melayu yang mewakili simbol tertentu. Bagi menganalisis perlambangan haiwan dalam peribahasa Melayu ini penganalisisan data menggunakan kaedah kualitatif dan Teori SemiotikPierce dijadikan landasan kajian. Melalui penerapan teori ini dalam kajian peribahasa khususnya mampu menunjukkan dengan lebih jelas maksud tersirat serta penggunaan perlambangan haiwan yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati bahawapenggunaan simbol haiwan dalam peribahasa lebih banyak membawa makna negatif, berbanding makna positif.,Sarjana Persuratan |
Pages: | 190 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81662+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 582.86 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.