Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456084
Title: Perkembangan kepimpinan Penghulu di negeri Johor tahun 1862-2012
Authors: Khalid Jusoh (P59718)
Supervisor: Teo Kok Seong, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Kepimpinan penghulu
Peranan penghulu
Zaman tradisional
Zaman pasca merdeka
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk menilai perubahan kepimpinan Penghulu di negeri Johor dari tahun 1862 sehingga 2012 iaitu selama 150 tahun. Kajian tertumpu kepada tempoh kepimpinan Penghulu antara tiga tahap iaitu tahap kepimpinan zaman tradisional, zaman British dan zaman selepas merdeka. Sepuluh buah daerah dalam negeri Johor menjadi subjek kajian ini. Untuk mengkaji perubahan kepimpinan Penghulu, kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dengan penumpuan terhadap sumber-sumber dokumen yang terdapat di Arkib, perpustakaan dan pusat rujukan yang berkaitan. Seterusnya kaedah temubual dilakukan terhadap tokoh-tokoh yang terlibat dalam sistem pentadbiran Penghulu iaitu Penghulu sedang berkhidmat, Penghulu telah bersara, Pegawai Kerajaan Negeri Johor juga Persekutuan dan orang awam bagi memantapkan hasil penyelidikan. Untuk memastikan tahap perkembangan kepimpinan penghulu di negeri Johor, kajian ini menumpukan perubahan perkembangan kepimpinan penghulu di negeri Johor sejak tahun 1862 hingga tahun 2012 yang membawa kepada perubahan gaya dan mutu hidup masyarakat akar umbi sekali gus mempertahankan kekuatan Institusi Penghulu selama-lamanya kepada penilaian perubahan kepimpinan penghulu dalam tiga aspek. Pertama mengkaji sejauh manakah kepimpinan penghulu masih relevan dalam sistem pentadbiran negeri Johor ekoran daripada perkembangan sistem pentadbiran dari tahun 1862 sehingga tahun 2012. Kedua menilai perubahan perkembangan kepimpinan penghulu di negeri Johor ekoran daripada perubahan zaman yang dilalui oleh penghulu daripada zaman tradisional sehingga zaman pasca merdeka. Ketiga, meneliti dan mengkaji langkah yang efisien kepada penghulu-penghulu bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemantapan kepimpinan penghulu di negeri Johor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan secara keseluruhannya ialah tinggi atau dengan ertikata sebenarnya peranan Penghulu sentiasa diperlukan oleh anak buahnya sebagai tempat rujukan dalam pelbagai aspek kehidupan demi memenuhi mutu hidup masyarakat.,Ph.D.
Pages: 312
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81382+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
389.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.