Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456083
Title: Institusi muzium ketenteraan di Malaysia : satu kajian pengembangan institusi
Authors: Muhammad Zuraiman Abdul Ghani (P54552)
Supervisor: Prof.Dr Asyaari bin Muhamad
Keywords: Muzium Angkatan Tentera
Sejarah ketenteraan
Produk pelancongan ketenteraan
Museum techniques-Malaysia.
Issue Date: 12-Feb-2015
Description: Bidang permuziuman di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula dengan kelahiran Muzium Angkatan Tentera pada 23 Feb 1960 dan kepentingan memelihara warisan sejarah ketenteraan mula menjadi agenda ATM dengan kehadiran institusi muzium dan galeri di peringkat formasi di seluruh Malaysia selaras dengan laporan persejarahan tahunan yang menjadi tanggung jawab setiap pasukan. Institusi ini juga membantu meningkatkan taraf profesional warga Tentera Darat (TD) dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan penghayatan sejarah TD selain membentuk keperibadian dan moral sesebuah organisasi tentera. Namun demikian ketiadaan satu organisasi yang berfungsi sebagai badan pengawal induk yang mengawal dan menguatkuasa terhadap kepentingan institusi permuziuman, pengurusan sumber arkib serta kepentingan strategik sejarah dan warisan ketenteraan menjadikan muzium atau galeri tidak berada di atas landasan piawai permuziuman sebenar. Ia juga tidak diberi kekuatan sebagai produk yang berpotensi memberi kesan kepada kepentingan sejarah dan warisan ketenteraan negara sebagai produk pelancongan ketenteraan yang berdaya saing. Antara elemen yang perlu diberi perhatian oleh pihak ATM ialah kesediaan untuk melakukan proses transformasi, keseragaman institusi muzium dan galeri sebagai satu produk berdaya saing yang mencerminkan ATM dalam aspek pelancongan ketenteraan, penyediaan peruntukan polisi dan dasar secara holistik dan mewujudkan jabatan khusus seperti Jabatan Sejarah dan Warisan ATM sebagai agensi tunggal bagi mentadbir, mengawal dan mengurus kepentingan sejarah dan warisannya. Berdasarkan data kajian, 355 responden (97.80%) bersetuju agar sebuah jabatan khusus ditubuhkan untuk memainkan peranan lebih konstruktif dalam ATM ke arah usaha memperkasa dan memartabatkan sejarah ketenteraan negara di Malaysia.,The Malaysian Army museology began with the birth of the Armed Forces Museum on 23 Feb 1960 and the importance of keeping the legacy of military history started becoming an agenda for the Malaysian Armed Forces (MAF) with the existence of museum institution as well as galleries at formation level throughout Malaysia in accordance with the annual historical reports which have become the responsibilities of every unit. This institution also helps to elevate the professionalism of all Army personnel by encouraging the aspects of intellectualism, love for the organization and appreciation for the Army's history and the shaping of the character and moral of an army organization. However, the absence of an organization which functions as the main regulating body which controls and enforces towards the importance of the museum institution, management of archive sources as well as the strategic significance of military history and legacy puts the museum or galleries away from the path of true museology standard. It is also not given appropriate attention as a potential military tourism product. Among the elements that the MAF has to focus on will be the preparedness towards transformation, uniformity of museum and gallery institutions as a competitive asset that reflects the MAF in terms of military tourism, allocation of policies that are holistic and the creation of a specific department such as an MAF Heritage and History Department as the sole agency that governs, controls and manages important history and legacy. Based on research data, 355 respondents (97.80%) agree that a specific department should be established to execute a more important and constructive role in the MAF's efforts to empower and elevate the military history in Malaysia,Master
Pages: 193
Call Number: AM79.M3 M84998 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.