Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456079
Title: Nisan Kesultanan Perak: kajian tentang bahan, tipologi dan ragam hias
Authors: Ahmad Helmi Mohd Mukhtar (P66193)
Supervisor: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Prof. Emeritus Dato' Dr.
Keywords: Batu nisan
Ragam hias
Sepulchral monuments
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Jul-2015
Description: Nisan merupakan penanda bagi sesebuah kuburan orang Islam. Biasanya nisan diperbuat daripada bahan yang terdapat di sekeliling seperti kayu, pokok dan batu semula jadi. Kajian ini menumpukan kepada nisan Kesultanan Perak dari segi bahan yang digunakan, tipologi serta ragam hias yang terdapat pada nisan tersebut. Kajian berkaitan nisan sebelum ini hanya tertumpu kepada batu Aceh sahaja dari segi ragam hias melalui kaedah tipologi, kronologi dan epigrafi bagi mengetahui lebih mendalam berkaitan batu Aceh tersebut. Permasalahan kajian ialah melihat sama ada nisan Kesultanan Perak dipegaruhi oleh seni bina batu Aceh yang banyak dijadikan batu nisan Sultan Melayu di Semenanjung Malaysia dari segi bahan, tipologi serta motifnya atau pun pengaruh tempatan. Kajian ini juga berkaitan dengan perkembangan batu nisan Di Raja Perak dari segi asal usul bahan yang digunakan sama ada batu Aceh yang dibawa dari luar atau batu nisan yang diperbuat daripada bahan yang terdapat di kawasan sekitar. Seperti mana batu Aceh menggunakan bahan tersendiri untuk membuatnya manakala kebanyakan nisan Di Raja Perak dibuat daripada batu marmar terutamanya makam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak milik Sultan Idris I dan Sultan Idris II, Sultan Yusuf, Sultan Abdul Jalil, Sultan Abdul Aziz dan Sultan Abdullah II. Dapatan kajian mendapati bahawa bahan yang digunakan untuk membuat nisan Di Raja Perak adalah berbeza dengan batu Aceh iaitu daripada batu pasir dan batu marmar serta mempunyai bentuk asas yang sama kerana kebanyakan makam kesultanan Perak telah diperbaiki pada tahun 1907 dan dinaik taraf oleh Jabatan Muzium pada tahun 1976 di mana batu nisan yang digunakan mempunyai bentuk yang sama dan tidak terlalu kompleks dari segi binaan, motif dan coraknya. Motif-motif yang terdapat pada nisan tersebut telah menggabungkan motif Eropah/Timur Tengah dengan motif tempatan seperti motif bunga tulip yang banyak terdapat pada makam di Timur Tengah dengan motif bunga kemboja Cina iaitu motif tempatan hasil daripada kearifan pembuat nisan tempatan.,The nisan or gravestone is a marker for a Muslim grave. Usually these gravestones are made of materials that can be found in the surroundings such as wood, trees and natural stone. This research focuses on the gravestones of the Perak Sultanate in terms of the materials used, typology as well as the decoration on the gravestones. Previously, research regarding gravestones has focused only on the Batu Aceh or Acehnese Stones in terms of their decoration through the method of typology, chronology and epigraphy to know more in relation to the Acehnese Stones. The research problem is to investigate whether the gravestones of the Perak Sultanate are influenced by the architecture of Acehnese Stones in terms of material, typology as well as the motifs or even the local influence as they have been used a lot as the gravestones of the Malay Sultans in Peninsular Malaysia. This study is also related to the development of royal gravestones of Perak in terms of the origins of the material used, whether the Acehnese Stones were brought in from the outside or the gravestones were made from materials available in the surrounding areas. Just as the Acehnese Stones were made using its own materials, most of the Perak royal gravestones were made from marble particularly the mausoleum located in Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak belonging to Sultan Idris I and Sultan Idris II, Sultan Yusuf, Sultan Abdul Jalil, Sultan Abdul Aziz and Sultan Abdullah II. Findings of the research show that the material used to make Perak royal gravestones is different from the Acehnese Stones in that the gravestones were made from sandstones and marbles and they have the same basic form because most of the mausoleums of the Perak Sultanate were repaired in 1907 and were upgraded by the Museum Department in 1976 where the gravestones used have the same form and are not too complex in terms of their construction, motif and pattern. The motifs on the gravestones are a combination of European/Middle East motifs with local motifs such as the tulip flower motif which is found a lot on the tombs in the Middle East with the Chinese frangipani motif which is a local motif that is the result of the wisdom of the local gravestone makers.,Sarjana Persuratan,Nisan merupakan penanda bagi sesebuah kuburan orang Islam. Biasanya nisan diperbuat daripada bahan yang terdapat di sekeliling seperti kayu, pokok dan batu semula jadi. Kajian ini menumpukan kepada nisan Kesultanan Perak dari segi bahan yang digunakan, tipologi serta ragam hias yang terdapat pada nisan tersebut. Kajian berkaitan nisan sebelum ini hanya tertumpu kepada batu Aceh sahaja dari segi ragam hias melalui kaedah tipologi, kronologi dan epigrafi bagi mengetahui lebih mendalam berkaitan batu Aceh tersebut. Permasalahan kajian ialah melihat sama ada nisan Kesultanan Perak dipegaruhi oleh seni bina batu Aceh yang banyak dijadikan batu nisan Sultan Melayu di Semenanjung Malaysia dari segi bahan, tipologi serta motifnya atau pun pengaruh tempatan. Kajian ini juga berkaitan dengan perkembangan batu nisan Di Raja Perak dari segi asal usul bahan yang digunakan sama ada batu Aceh yang dibawa dari luar atau batu nisan yang diperbuat daripada bahan yang terdapat di kawasan sekitar. Seperti mana batu Aceh menggunakan bahan tersendiri untuk membuatnya manakala kebanyakan nisan Di Raja Perak dibuat daripada batu marmar terutamanya makam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak milik Sultan Idris I dan Sultan Idris II, Sultan Yusuf, Sultan Abdul Jalil, Sultan Abdul Aziz dan Sultan Abdullah II. Dapatan kajian mendapati bahawa bahan yang digunakan untuk membuat nisan Di Raja Perak adalah berbeza dengan batu Aceh iaitu daripada batu pasir dan batu marmar serta mempunyai bentuk asas yang sama kerana kebanyakan makam kesultanan Perak telah diperbaiki pada tahun 1907 dan dinaik taraf oleh Jabatan Muzium pada tahun 1976 di mana batu nisan yang digunakan mempunyai bentuk yang sama dan tidak terlalu kompleks dari segi binaan, motif dan coraknya. Motif-motif yang terdapat pada nisan tersebut telah menggabungkan motif Eropah/Timur Tengah dengan motif tempatan seperti motif bunga tulip yang banyak terdapat pada makam di Timur Tengah dengan motif bunga kemboja Cina iaitu motif tempatan hasil daripada kearifan pembuat nisan tempatan
Pages: 155
Call Number: NB1803.M4A375 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80450+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.