Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456073
Title: | Imej perempuan dan perubahannya dalam sastera melayu dari abad 16 hingga 19 |
Authors: | Noraisah bte Yusop (P55671 ) |
Supervisor: | Ding Choo Ming, Prof. Dr |
Keywords: | Imej perempuan Abad 16 hingga 19 Feminism and literature |
Issue Date: | 16-Jun-2014 |
Description: | Berdasarkan catatan sejarah dalam bentuk manuskrip atau tuturan rakyat, menunjukkan masyarakat Melayu telah mempunyai hubungan yang bersifat egalitarian antara lelaki dan perempuan semenjak awal lagi. Hubungan ini berteraskan keharmonian kerana sudah adatnya lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain. Perempuan Melayu seperti juga individu lain mempunyai imej yang berubah-ubah dan tidak seburuk seperti dinyatakan itu. Setakat diketahui, perempuan Melayu menduduki tempat yang mulia dan dihormati dalam budaya Melayu yang berasaskan matrilineal ini. Namun, imej perempuan Melayu sering dilekatkan dengan stereotaip terkebelakang, naif, tiada suara, seks kedua dan sebagainya. Imej ini amat bermasalah apabila ia turut menggambarkan budaya Melayu yang menindas dan merendahkan perempuan. Oleh itu, kajian ini akan mendefinisikan semula imej perempuan Melayu dari segi peranan dan kedudukan mereka sepanjang abad 16 hingga abad 19 berdasarkan beberapa hikayat yang dipilih dengan mengguna pakai pendekatan analisa kandungan. Hasilnya mungkin dapat menunjukkan dinamika lain imej perempuan Melayu dalam lingkungan masyarakat feudal sepanjang empat abad itu sekaligus menyanggah persepsi umum yang disebut tadi. Semoga tesis ini mampu sedikit sebanyak menyumbang kepada pemahaman kita tentang kesetaraan gender yang dipunyai sejarah Melayu, yang tidak harus dipandang sebelah mata tetapi dilangsungkan dalam amalan hari ini.,Master/Sarjana |
Pages: | 151 |
Call Number: | PL5105.6.W6N646 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76850+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.