Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/445176
Title: Pembangunan dan penilaian modul kesedaran risiko siber (KuSedar) berasaskan pendekatan penceritaan digital dan gamifikasi
Authors: Nurul Syaida Md Zuki (P91573)
Supervisor: Fariza Khalid, Prof Madya, Dr.
Aidah Abd Karim, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Cyberterrorism
Computer crimes
Issue Date: 29-May-2023
Abstract: Penggunaan teknologi dan komunikasi pada masa kini dilihat semakin berkembang maju dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kepesatan kemajuan teknologi dan komunikasi telah membantu melancarkan pelbagai urusan serta aktiviti manusia pada kini. Namun, disebalik kemajuan tersebut kes-kes yang berkaitan dengan jenayah siber juga turut meningkat disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap risiko-risiko siber. Malah lebih membimbangkan lagi apabila ianya turut melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan satu modul kesedaran risiko siber atas talian bagi pelajar sekolah menengah di Malaysia yang berasaskan pendekatan penceritaan digital dan gamifikasi yang menerapkan teori pembelajaran sosial kognitif, teori tingkah laku, teori humanistik dan teori konstruktivisme. Aplikasi Powtoon digunakan untuk membangunkan penceritaan digital dan aplikasi Gametize digunakan untuk membangunkan kuiz bagi menilai penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk dalam modul ini yang dilaksanakan menggunakan pendekatan gamifikasi. Modul yang telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan penceritaan digital dan gamifikasi akhirnya diletakkan di platform Google Site untuk penyebaran dan penggunaan. Modul ini dinamakan dengan nama “KuSedar”. Lima instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data mengenai analisis keperluan, penilaian pembangunan modul, penilaian penerimaan modul, dan pengaruh modul terhadap kesedaran risiko siber pelajar. Seramai empat orang pakar bidang telah terlibat dalam penilaian pembangunan modul ini. Manakala seramai 1376 pelajar tingkatan empat telah terlibat dalam fasa analisis keperluan pembangunan, 124 orang pelajar tingkatan empat pada fasa penilaian Modul KuSedar. Seramai 15 orang pelajar dari 124 orang pelajar telah dipilih pada fasa penilaian untuk tujuan temu bual bagi melihat pengaruh Modul KuSedar terhadap kesedaran pelajar mengenai risiko siber. Model UTAUT, Model ARCS dan Teori Motivasi Perlindungan (TMP) telah digunakan dalam fasa penilaian. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 20 dan data kualitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12 Plus dan Microsoft Word. Dapatan kajian menunjukkan Modul KuSedar yang dibangunkan menggunakan pendekatan digital storytelling dan gamifikasi telah berjaya menerapkan teori pembelajaran sosial kognitif, teori tingkah laku, teori humanistik dan teori konstruktivisme dan telah berjaya mempengaruhi kesedaran pelajar terhadap risiko siber. Kajian ini telah menyumbang kepada aspek berikut: (i) pembangunan digital storytelling, (ii) pembangunan gamifikasi, (iii) keputusan kajian, (iv) pelajar, dan (v) pihak berkepentingan. Modul KuSedar telah menjadi salah satu bahan alternatif secara maya dalam mendalami maklumat risiko siber agar dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap risiko siber yang mana ianya berupaya memberi kesan buruk kepada kehidupan pelajar dan orang sekeliling.
Pages: 433
Call Number: HV6773 .N837 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian modul kesedaran risiko sumber (KUSedar) berasaskan pendekatan penceritaan digital dan gamifikasi.pdf
  Restricted Access
partial655.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.