Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437535
Title: | Model produktiviti untuk kepuasan pembangun perisian terhadap penggunaan perisian sebagai perkhidmatan (saas) |
Authors: | Azryna Azlen Mohd Nordin, P102195 |
Supervisor: | Rodziah Latih, Ts. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Cloud computing Computer software industry |
Issue Date: | 19-Oct-2021 |
Abstract: | Pengkomputeran awan adalah satu paradigma baru muncul di mana komputer dirangkaikan untuk menyediakan perkhidmatan storan dan komputeran menggunakan teknologi virtualisasi. Perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) adalah salah satu daripada model perkhidmatan yang disediakan oleh pengkomputeran awan. SaaS merupakan suatu perkhidmatan yang membenarkan pengguna menggunakan perisian yang boleh diakses dan menyimpan data melalui awan. Dalam pembangunan perisian, isu dan cabaran yang perlu dihadapi adalah pengurusan kos, masa, sumber dan kualiti produk. Pengurusan kos dan masa yang tidak sistematik dan berkesan mempengaruhi pembangunan perisian seperti kelewatan projek dan kos yang berlebihan. Selain itu, kekangan sumber seperti storan, rangkaian, pelayan dan sebagainya boleh mengakibatkan kualiti produk yang dihasilkan kurang efisyen. Oleh itu, kajian ini dijalankan fokus untuk membangun model produktiviti pembangun perisian dalam penggunaan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS). Model produktiviti pembangun perisian yang dicadangkan mengandungi tiga faktor produktiviti iaitu proses, persekitaran pembangunan dan produk atau perkhidmatan. Hubungan antara tiga faktor dalam model produktiviti pembangun perisian memberi keutamaan terhadap kepuasan pembangun perisian dalam penggunaan SaaS. Perkaitan faktor produktiviti ini memastikan penggunaan SaaS dapat meningkatkan prestasi dan kepuasan bekerja. Namun, pada masa kini penggunaan SaaS memberi fokus kepada perniagaan dan keselamatan berbanding peningkatan produktiviti dan kepuasan pembangun perisian yang masih kurang diberi perhatian. Kajian ini menjalankan kaedah padanan dengan menggunakan beberapa faktor produktiviti dari empat kajian literatur yang berkaitan. Ujian pengesahan model ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ujian normaliti, multikolineariti, autokolerasi dan heteroskedastisiti. Tinjauan melalui borang soal selidik dijalankan ke atas 127 orang responden dan data daripada soal selidik dianalisis menerusi analisis regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan faktor signifikan yang mempengaruhi kepuasan pembangun perisian terhadap penggunaan SaaS adalah faktor proses, persekitaran pembangunan dan produk atau perkhidmatan. Pengukuran indeks kepuasan pembangun perisian terhadap penggunaan SaaS memberi dapatan sebanyak 82.73% yang menunjukkan tafsiran nilai indeks di tahap sangat berpuas hati. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pembangun perisian dan syarikat perisian yang masih melaksanakan tugasan secara konvensional bagi merancang perubahan ke arah penggunaan SaaS supaya dapat meningkatkan produktiviti seiring dengan revolusi perindustrian 4.0. |
Description: | Partial |
Pages: | 35 p. |
Call Number: | CD Tesis UKM PL2 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437535 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Model produktiviti untuk kepuasan pembangun perisian terhadap penggunaan perisian sebagai perkhidmatan (saas).pdf Restricted Access | Partial | 19.51 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.