Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437519
Title: Penerimaan saudara muslim tentera darat terhadap program dakwah Kor Agama Angkatan Tentera
Authors: Mohd. Fauzan Md. Nor (P107296)
Supervisor: Anuar Puteh
Abdul Ghafar Don, Prof. Dr.
Keywords: Dakwah
Agama Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jan-2023
Abstract: Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sebagai organisasi dakwah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memainkan peranan yang penting dalam menyelaras dan memberi pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan kepada saudara Muslim di dalam Tentera Darat (TD). Terdapat pelbagai program dakwah Islamiyyah dilaksanakan kepada pegawai dan anggota yang baru memeluk Islam supaya mereka memahami ilmu asas Islam dengan baik seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun bukan mudah untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan ini kerana terdapat program dakwah seperti kursus fardu ain yang disediakan oleh KAGAT tidak menggunakan modul khusus mengikut tahap pengetahuan saudara Muslim. Permasalahan kedua adalah program dakwah KAGAT yang kurang berkesan dan masalah ketiga ialah kekangan masa untuk menghadiri kelas dalam kalangan saudara Muslim TD. Untuk itu, kajian ini untuk mengenal pasti bentuk program dakwah yang dilaksanakan oleh KAGAT, mengetahui hubungan antara penerimaan saudara Muslim TD dan kandungan program serta pendekatan dakwah KAGAT seterusnya menganalisis perbezaan sikap saudara Muslim TD terhadap program dakwah KAGAT berdasarkan jantina dan formasi. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dengan menggunakan pendekatan tinjauan. Pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 235 orang responden daripada anggota saudara Muslim bawah pentadbiran TD sebagai sampel kajian. Seterusnya dianalisis melalui teknik statistik deskriptif dan inferensi korelasi menggunakan SPSS Versi 22. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan saudara Muslim TD terhadap pelaksanaan program dakwah KAGAT adalah sederhana. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara penerimaan saudara Muslim TD dan kandungan program dakwah KAGAT (r = .880, p < .05.). Seterusnya, keputusan korelasi Pearson juga mempunyai hubungan yang positif antara penerimaan saudara Muslim TD dan pendekatan dakwah KAGAT (r = .890, p < .05.). Keputusan analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan bagi sikap saudara Muslim TD (t(235) =0.361, p >.05). Manakala, bagi ujian Anova sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara formasi bagi penerimaan saudara Muslim TD (F (11,223) = .241, p >.05). Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak TD dan KAGAT dalam merangka dan membangunkan program dakwah yang bersesuaian dan seiring dengan keperluan saudara Muslim TD. Usaha menambah baik boleh dilakukan oleh KAGAT melalui pembangunan modul kursus mengikut tahap dan kepelbagaian program dakwah bagi menerapkan kefahaman asas dan penghayatan agama Islam dalam kalangan saudara Muslim ATM. Cadangan kajian lanjutan boleh difokuskan kepada pembangunan jati diri saudara Muslim melalui pendidikan Islam dan perkhidmatan keagamaan yang sempurna oleh KAGAT di dalam ATM.
Pages: 148
Call Number: BP170.85.M8348 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerimaan saudara muslim tentera darat terhadap program dakwah Kor Agama Angkatan Tentera
  Restricted Access
Full-text2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.