Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437517
Title: Tahap pencapaian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dalam memperkasakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU)
Authors: Nur 'Izzati Hashim (P104158)
Supervisor: Abdull Rahman Mahmood, Dr.
Keywords: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Feb-2023
Abstract: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1980 setelah mengalami pelbagai perubahan penstrukturan dan perkembangan dalam aspek pentadbiran sesuai dengan tuntutan semasa. Salah satu usahanya adalah dengan melancarkan Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU). Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti program dan aktiviti yang dijalankan melalui pelan strategik serta menganalisis aspek pentadbiran dalam menyokong program dan aktiviti tersebut serta menganalisis tahap kefahaman masyarakat Islam Kelantan mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan kuantitatif. Metode kualitatif digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan JAHEAIK dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Manakala metode kuantitatif digunakan untuk mengukur kefahaman akidah masyarakat Islam Kelantan dan pencapaian JAHEAIK dalam pemerkasaan akidah. Seramai 384 responden kajian dari kalangan masyarakat Islam Kelantan telah diambil menggunakan pensampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, data statistik dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 28.0. Manakala data inferensi dianalisis menggunakan ujian Spearmen’s Rho. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua item di dalam soal selidik yang digunakan adalah tinggi iaitu α= 0.885. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman akidah masyarakat Islam berada pada tahap tinggi. Manakala tahap pencapaian JAHEAIK dalam melaksanakan aktiviti dan program pemerkasaan akidah juga berada ada pada tahap tinggi. Bagi analisis inferensi pula, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman akidah masyarakat Islam Kelantan dengan pencapaian JAHEAIK dalam memperkasakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (r= 0.578, p= <.001). Kajian ini dapat membantu JAHEAIK dan institusi agama lain bagi membangunkan pelan strategik yang berkesan untuk pembangunan Islam khususnya dalam penghayatan akidah ASWJ.
Pages: 141
Call Number: BP185.N835 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.