Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418679
Title: Dinamiks psikososial kekeluargaan: pola perhubungan dan perkembangan dalam keluarga
Authors: Wan Halim Othman
Conference Name: Konvensyen Kaunseling II, Kaunseling ke arah Keluarga Bahagia
Keywords: Psikososial
Keluarga
Kaunseling
Conference Date: 1985-04-06
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: 'Keluarga' sebagai sebuah institusi sosial yang asas, memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan sahsiah seseorang individu. Perkembangan kognitif, emosi dan tingkahlaku seseorang individu bermula di dalam suasana kekeluargaan pada peringkat yang paling penting di dalam kehidupan ,seseorang rnanusia, iaitu pada peringkat bayi dan peringkat awal kanak-kanak. Walaupun selepas peringkat ini pengaruh keluarga mulai disaingi oleh pengaruh luar- keluarga, seperti pengaruh guru, kawan setara dan kommuniti, pengalaman di dalam keluarga sebelum itu masih memainkan peranan utama membentuk identiti dan penghargaan diri seseorang individu.Penglibatan keluarga dalam kaunselling adalah jauh lebih kompleks daripada kaunselling secara individu ataupun kumpulan yang tidak mempunyai pertalian kekeluargaan. Ini adalah oleh kerana ianya mengganggu imbangan dan suasana yang sedia wujud di dalam sesuatu keluarga di mana perhubungan taraf dan peranan seseorang itu telah ditentukan serta penglibatan emosi yang sangat ketara wujud di dalam perhubungan antara ahli, ' Penglibatan orang luar (kaunseller) di dalam 'hal keluarga' mungkin dianggap satu ancaman yang besar yang boleh memburukkan lagi keadaan kelayan itu sendiri. Oleh kerana itu ramai kaunseler dan pekerja sosial yang akan cuba mengelak daripada mengguna- kan kaunselling kekeluargaan seberapa yang boleh .walaupun 'keluarga' sepatutnya menghasilkan suasana yang positif untuk perkembangan fizikal, emosi dan sosial seseorang individu , pada realitinya keadaan yang sebaliknya juga wujud di mana suaana di dalam keluarga menjejaskan proses perkembangan ini.
Pages: 1-11
Call Number: BF637.C6.K66 1985c n.2 katsem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.