Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418561
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Aminah Ayob | - |
dc.contributor.author | V. Reveendran | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-27T10:44:48Z | - |
dc.date.available | 2023-07-27T10:44:48Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418561 | - |
dc.description.abstract | Pada masa dahulu, pelajar-pelajar hanyalah perlu belajar dan lulus peperiksaan. Semua perkara- perkara yang berkaitan pelajaran mereka adalah ditentukan oleh, sarna ada ibu bapa , guru atau pihak sekolah dan pemerintah . Pada masa sekarang , keadaan telah berubah. Pelajar diberikan kebebasan unluk menenlukan pendidikan mereka sendiri. Mereka boleh memilih bidang pengajian yang mereka suka, sesuai dengan minat alau bakal yang mereka ada, serta cita-cita atau kerjaya yang mereka ingin ceburi. Pelajar boleh m'emilih apa-apa mala pelajaran yang mereka ingin belajar di sekolah. Pendidikan Menengah Atas di Malaysia membenarkan pelajar-pelajar memilih bidang-bidang pengkhususan tertentu yang disenaraikan sebagai Kumpulan Elektif I hingga IV. Salah satu daripada kumpulan ini ialah Kumpulan Elektif Sains. Dalam KSSM di peringkat Tingkatan 4, pelajar-pelajar diberi peluang unluk memilih mala pelajaran sains alau mata pelajaran lain yang mereka ingin ambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM atau SPVM). Dalam kajian yang dijalankan oleh Sahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (1992 & 1993) dan oleh Sharifah dan Lewin (1993) didapati enrolmen pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains amat merosot dan membimbangkan sekali bagi sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia ini. Sejak itu banyak kajian telah dijalankan unluk menentukan faklor- faklor yang menyebabkan kemerosotan tersebul (Tajul-Ariffin Nordin, 1988; Norilah Sulaiman, 1993; Razdwan Kassim e\.al, 1994; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993 & 1994). Di anlara faktor-faktor yang dianggap memainkan peranan dalam pemilihan elektif sains oleh pelajar-pelajar ialah: • konsep kendiri pelajar terhadap sains - pelajar tidak yakin unluk belajar sains kerana sains dianggap sukar. Faktor ini pula dihubungkailkan dengan kebolehan pelajar dalam sains dan matematik . • perubahan suasana ekonomi negara yang menuju ke arah perindustrian dan perniagaan - loklor ini juga dikatakan mempengaruhi pandangan pelajar-pelajar dan ibu bapa terutamanya dalam menentukan bidang pengkhususan yang diikuti oleh anak-anak mereka. Kemerosotan minat dalam bidang sains di sekolah-sekolah menengah dan kolej , bukan sahaja telah menular di Malaysia tetapi telah menjadi fenomena serius di seluruh dunia (Khoury dan Voss, 1985; De Soer, 1987; Koballa, 1988; Woolnough, 1993; Myeong dan Crowley, 1993). Kajian Malone el al (1993) mendapati hilangnya minat pelajar untuk mempelajari sains adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut: i) Sertambahnya pilihan-pilihan dalam mata pelajaran bukan sains dan matematik .ii) Anggapan kesukaran relatif terhadap mata pelajaran sains dan matematik iii) Kekurangan minat dan keseronokan belajar sains dan matematik oleh pelajar iv) Kepentingan mata pelajaran sains dan matematik dalam kerjaya masa kini v) Desakan rakan sebaya, pengaruh ibu bapa dan nasihat daripada guru kaunselor dan guru-guru sekolah. Kertas kerja ini akan membincangkan kajian yang telah kami jalankan untuk mengetahui sejauh mana kesan pengaruh psikologi sosial dalarn persekitaran pelajar mempengaruhi pemilihan mereka dalam mata pelajaran elektif sains di Tingkatan 4. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang | en_US |
dc.subject | Psikososial pelajar | en_US |
dc.subject | Pendidikan | en_US |
dc.subject | Kumpulan Elektif Sains | en_US |
dc.title | Kesan faktor psikososial pelajar terhadap pemilihan mata pelajaran elektif sains | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 77-85 | en_US |
dc.identifier.callno | BF20.S45 1996 kat sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik | - |
dc.coverage.conferencelocation | Pulau Pinang, Malaysia | - |
dc.date.conferencedate | 1996-05-27 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.