Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418560
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Salmah Othman | - |
dc.contributor.author | Maimoon Jantan | - |
dc.date.accessioned | 2023-07-27T10:37:23Z | - |
dc.date.available | 2023-07-27T10:37:23Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418560 | - |
dc.description.abstract | Kepuasan kerja mempunyai berbagai-bagai pengertian mengikut tahap kefahaman, serta fokus dan situasi ia digunakan. Secara umumnya, darjah kepuasan kerja boleh digambarkan melalui perbezaan di antara apa yang diharapkan oleh pekerja dengan apa yang diperoleh dari kerjanya. Sikap dan perasaan seseorang terhadap pekerjaannya boleh mencerminkan tingkat kepuasan kerja. Mengikut "The Dictionary of Education" kepuasan kerja ialah setakat mana seseorang dalam sesebuah organisasi mendapat kepuasan dari proses dan konteks kerjanya. Memaksimumkan kepuasan kerja dan mengurangkan kekecewaan dan ketidakpuasanhati diterima umum sebagai matlamat yang sangat penting dalam pengurusan moden. "Job satisfaction is the extent 10 which each person in an organization obtains satisfaction from the process and context of his work. Maximizing job satisfaction and minimizing the frustrations and dissatisfaction is widely recognized as one a/the important goals in modern management . . , (Rowntree 1981 : 98) Kepuasan kerja juga ditakrifkan sebagai perasaan atau tindak balas emosi terhadap aspek sesuatu situasi kerja. Pekerja yang mempunyai kepuasan kerja boleh menghasilkan kerja yang bermutu dan produktif. Kepuasan Kerja Guru Di sekolah, kepuasan kerja biasanya dikaitkan dengan perasaan guru terhadap tugasnya, iaitu setakat mana keseronokan bekerja yang dialami oleh guru itu. Kepuasan kerja ialah satu keadaan emosi yang menyeronokkan hasil taksiran guru terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya. Faktor-Faktor Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Kepuasan kerja guru boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Mengikut Chapman dan Lowther (1982) empat faktor memainkan peranan penling, iaitu ciri-ciri lalar belakang, kebolehan menyampaikan pelajaran dengan baik, perkara yang dilihat penting sebagai asas menilai kejayaan kerjaya, dan pengiktirafan oleh orang lain. Conley et. al. (1989) meletakkan konsep tanggungjawab, autonomi guru yang ditentukan oleh struktur pengurusan kurikulum , dan pengajaran di sekolah, sebagai berkait rapat dengan kepuasan kerja guru di sekolah. Menurutnya kalau kebolehan dan kepemimpinan guru terus tersekat akibat konflik kerja antara staf dalam organisasi kerja sudah pasti guru mengalami kepuasan kerja yang rendah. Organisasi kerja yang kondusif banyak bergantung kepada kepemimpinan guru besar atau pengetua sekolah sebagai ketua organisasi di tempat kerja. Corak pengurusan sekolah, sama ada mengamalkan kepemimpinan autokratik, konsultatif, "persuasive", atau demokratik, boleh mempengaruhi kepuasan kerja guru. Abd. Main (1993) mengemukakan teori yang dimajukan oleh Hage | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang | en_US |
dc.subject | Kepuasan kerja | en_US |
dc.subject | Guru | en_US |
dc.subject | Sistem persekolahan | en_US |
dc.title | Kepuasan kerja di kalangan guru Bahasa Melayu: pengenalan satu tujuan | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 70-76 | en_US |
dc.identifier.callno | BF20.S45 1996 kat sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik | - |
dc.coverage.conferencelocation | Pulau Pinang, Malaysia | - |
dc.date.conferencedate | 1996-05-27 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.