Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418556
Title: | Gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja pensyarah Maktab |
Authors: | Alis Puteh |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik |
Keywords: | Kepimpinan Pengetua Organisasi |
Conference Date: | 1996-05-27 |
Conference Location: | Pulau Pinang, Malaysia |
Abstract: | Kertas kerja ini ingin membincangkan satu isu yang berkait dengan gaya kepimpinan pengetua maktab perguruan, kesannya keatas kepuasan kerja pensyarah-pensyarah dan pengeluaran guru-guru pelatih yang berkualiti. Mengikut Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), guru yang hendak dihasilkan ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu: "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisplin" FPG digubal dengan mengambilkira 19 kualiti pribadi, profesional dan sosial yang perlu dimiliki oleh individu untuk menjadi guru yang berkesan. Kualiti peribadi yang dipertukan ialah: -mesra -berdedikasi -adil -berwibawa -Iumes(flexibility) -bertoleransi -kecindan(sense of humour) -tegas Kualiti profesionalisme kegunaan yang diperlukan ialah: -berdedikasi -peka kepada perubahan -sedar tentang keperluan negara -bersikap positif terlhadap pembelajaran -mempunyai inovasi dalam tugas Kualiti sosial yang diperlukan ialah: -mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial -berpekerti mulia -mudahsuai -berdaya kepimpinan -mempunyai kesedaran terhadap persekitaran -mengamalkan sikap toleransi Kualiti tersebut diperluaskan lagi huraiannya dalam "Disiplin Pendidikan Guru' seperti berikut: -mempunyai watak dan pekerti mulia -patuh kepada ajaran agama dan berakhlak tinggi sesuai dengan nilai-nilai yang ditentukan oleh agama -bersifat kemanusiaan seperti penyayang, amanah, jujur dan ikhlas -mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran,sekolah dan masyarakat -berusaha menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh Adalah menjadi harapan BPG, setelah lima semester guru pelatih di dalam makttab, mereka dapat menguasai perkara-perkara berikut: a) Berkeupayaan menyesuaikan diri dengan budaya maktab dan kehendak-kehendak pembelajaran di maktab. b) Menguasai segala aspek kemahiran pengurusan diri seperti: -pengurusan masa -pengurusan kewangan -kemahiran berfikir |
Pages: | 25-32 |
Call Number: | BF20.S45 1996 kat sem |
Publisher: | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.