Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418496
Title: Realiti maya WEB dalam pembelajaran Sains Biologi
Authors: Che Soh Said
Irfan Naufal Umar
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Konsep sains
Realiti maya WEB
Sains biologi
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Sains adalah satu bidang ilmu hasil daripada usaha manusia bagi mencari penerangan yang rasional berkaitan dengan fenomena yang wujud di alam ini. Pengetahuan saintifik mengenai alam dunia adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan data eksperimen yang berperanan untuk menerangkan proses perjalanan fenomena alam ini Entiti, fenomena dan idea yang dihasilkan oleh saintis daripada pemerhatian ini diwakili dalam bentuk model. Model ini diwakili dalam bentuk simbol, lukisan dan grafik. Model ini kemudian digunakan oleh komuniti saintifik bagi menghasilkan pelbagai aplikasi yang bermanfaat kepada manusia sejagat. Pengajaran sains adalah lebih sukar berbanding dengan subjek lain. Ini berlaku kerana subjek sains dikatakan lebih sukar berbanding dengan subjek lain. Ramai pelajar berpendapat sains adalah subjek yang sukar dan kompleks. Pelajar juga didapati masih mengalami kesukaran untuk memahami konsep sains walaupun telah mengikuti pengajaran sains dalam tempoh yang lama. Penyelidikan melaporkan bahawa pelajar mengalami kesukaran bagi memahami konsepsains kompleks yang memerlukan pelajar untuk visualisasi fenomena yang abstrak Rumit dan kompleksnya pembelajaran sains juga adalah disebabkan sebahagian besar daripada konsep- konsep sains itu sendiri amat abstrak, tambahan pula perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa matematik Suatu usaha yang boleh dilakukan ialah mengurangkan masalah kesukaran pelajar untuk memahami subjek sains. Ini boleh dicapai dengan mempersembahkan konsep yang abstrak dan kompleks dalam bentuk yang mudah untuk difahami oleh pelajar. Pendekatan yang boleh digunakan ialah menggunakan alat visualisasi dalam pembelajaran sains. Visualisasi bermanfaat untuk pembelajaran kerana ia dapat mempersembahkan maklumat yang kompleks dalam rupa bentuk yang boleh difahami. Saintis lazimnya menggunakan ilustrasi, model dan simbol bagi menterjemahkan sesuatu fenomena yang telah ditemui. Penggunaan alat visualisasi dalam menerangkan konsep dan model yang ditemui telah menjadi amalan saintis. Visualisasi ialah perwakilan luaran. Visualisasi luaran merujuk kepada perwakilan yang lazimnya digunakan untuk pembelajaran. Visualisasi luaran dalam sains merangkumi grafik, rajah, model, simulasi. Visualisasi sangat penting untuk pembelajaran sains yang berkaitan dengan mempelajari model spesifik sarna ada 'consensus model' ataupun ' historical moder. Perkembangan pesat dalam teknologi komputer seperti penurunan kos pemilikan mikrokomputer, world wide web, internet, rangkaian jalur lebar, pengurusan pangkalan data dan sistem komputer multimedia telah menarik perhatian ramai penyelidik bagi mengkaji keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu pelajar mempelajari konsep sains yang abstrak dan kompleks. Salah satu teknologi terkini yang semakin mendapat perhatian pengamal dan penyelidik dalam bidang instruksional sains berbantukan komputer ialah realiti maya web Realiti maya web ialah suatu teknologi yang membolehkan penghasilan model maya tiga dimensi dalam persekitaran web. Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan dengan ciri-ciri dan kelebihan teknologi realiti maya web untuk pembangunan alat visualisasi dalam pembelajaran sains. Kelebihan teknologi realiti maya web termasukJah perwakilan liga dimensi, perwakilan berbilang, interaksi langsung dengan bahan pembelajaran, interaksi berbilang mod, pembelajaran aktif, persembahan pelbagai kerangka rujukan dan menyokong pembelajaran penerokaan. Kertas kerja ini juga akan membincangkan mengenai kekangan dan cabaran mengenai penggunaan realiti web daJam pembelajaran sains. Prototaip perisian visualisasi sains biologi yang telah dihasilkan dengan teknologi realiti maya web juga akan dibincangkan bagi menjelaskan aplikasi ciri-ciri realiti web dalam pembelajaran bidang sains yang kompleks dan abstrak. Penilaian yang dilakukan di kalangan guru pelatih sains biologi mendapati protaip yang dihasilkan dapat membantu pembelajaran topik sains biologi yang abstrak dan kompleks.
Pages: 84-85
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.