Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/417135
Title: Prognosis perubahan kognitif dan kualiti hidup berasaskan imej pembelajaran-dalam selepas menjalani radioterapi kanser glioma dan nasofaring dengan penilaian jarak jauh
Authors: Noor Shatirah binti Mohamad Fandi Voon (P98932)
Supervisor: Noorazrul Azmie Yahya, Dr.
Keywords: Nasopharyngeal Carcinoma
Glioma
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Jul-2023
Abstract: Kanser nasofaring (NPC) dan glioma sering dikaitkan dengan kerosakan isipadu otak dan mempengaruhi kognitif walaupan kepentingan terapinya tidak dapat dipertikaikan. Hubungan antara perubahan pengimejan, kemerosotan kognitif dan kualiti hidup belum difahami sepenuhnya terutama dalam konteks penilaian jarak jauh. Dengan menggunakan pembelajaran-dalam, tujuan kajian ini ialah membangunkan model ramalan penilaian penurunan kognitif di kalangan pesakit radiasi NPC dan glioma menggunakan penilaian kognitif jarak jauh dan perkaitannya terhadap kualiti hidup dan perubahan MRI. Kesan perubahan ciri-ciri MRI dan taburan dos rawatan ke atas gangguan kognitif selepas radioterapi (RT) telah dilakukan dalam ulasan sistematik dan meta-analisis. Sebanyak 100 (30 glioma,70 NPC) pesakit RT (16-76 tahun) telah dikumpul secara retrospektif, menjalani imbasan MRI (pra- dan pasca-RT (6 bulan ke setahun)) dan ujian kognitif pasca-RT dikumpul secara prospektif. Imej MRI telah dipetakan, termasuk serebellum, lobus temporal kanan dan kiri, korpus kalosum, amigdala, dan saraf tunjang dan parameter dosimetri dikumpulkan. Ujian neuropsikologi dan kualiti hidup dilakukan secara jarak jauh melalui panggilan telefon pasca-RT (Telefon Interview Cognitive Status (TICS), Telephone Montreal Cognitive Assessment (T-MOCA), Telephone Mini Addenbrooke's Cognitive Examination (Tele MACE) dan European Organisation for Research and Treatment of Cancer-Quality of Health (EORTC-QoL)) untuk memantau kognitif dan kualiti hidup pesakit. Model regresi liner dan rangkaian saraf dalam (DNN) digunakan untuk meramal hubungan antara kognitif dan parameter isipadu dos. Tiga ulasan sistematik dan meta-analisis telah dilakukan mengikut garis panduan piawai semasa (The Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta- Analyses (PRISMA)). Perbezaan signifikan isipadu otak dalam pesakit glioma dan NPC pra dan pasca-RT, terutamanya di lobus temporal kiri (p <0.001) dan temporal kanan (p <0.05) menggambarkan perubahan isipadu pasca RT. Kemerosotan ini dikaitkan dengan dos dan pengurangan isipadu berkait-RT (glioma: TICS, R2=0.863, T-MoCA, R2=0.863, Tele-MACE, R2=0.892; NPC: TICS, R2=0.771, T-MoCA, R2=0.794, Tele-MACE, R2=0.784, kesemua p <0.001). DNN menunjukkan perbandingan klasifikasi yang tinggi dengan kawasan bawah lengkung kendalian penerima (AUROC) yang baik bagi pesakit glioma dan NPC untuk ramalan kognitif menggunakan TICS (glioma, AUROC=0.952; NPC, AUROC=0.89), T-MoCA (glioma, AUROC=0.909; NPC, AUROC=0.878) dan Tele-MACE (glioma, AUROC=0.822; NPC, AUROC=0.919) dengan isipadu hipokampus pasca-RT, lobus temporal kanan_Dmean, dan tahap pendidikan sebagai peramal utama. Berdasarkan ulasan sistematik dan meta-analisis kami, perubahan mikrostruktur dan fungsian otak berikutan radiasi dikaitkan dengan skor kognitif, yang dipaparkan oleh ukuran-MRI. Berdasarkan pengetahuan kami, ini merupakan kajian pertama yang menilai kognitif menggunakan penilaian jarak jauh yang mana kecedaran otak berkait RT dalam pesakit glioma dan NPC bergantung kepada dos dan isipadu. Model ramalan berasaskan pembelajaran-dalam dapat membantu dalam pengesanan awal dikalangan pesakit yang berisiko mengalami penurunan neurokognitif, dengan itu memudahkan pemberian intervensi rawatan berpotensi
Pages: 261
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.