Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407861
Title: | Kecekapan komunikatif bahasa Melayu dalam kalangan murid pelbagai etnik di kawasan luar bandar di pantai timur |
Authors: | Mohd Asri Harun (P971724) |
Supervisor: | Zulkifley Hamid, Prof Dr. Karim Harun, Prof. Madya Dr. Kartini, Dr. |
Keywords: | Malay language -- Study and teaching Communication Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Sep-2022 |
Abstract: | Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu menjelaskan bahawa antara cabaran utama yang dihadapi dalam kalangan murid di negara ini ialah penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu standard yang masih kurang memuaskan. Salah satu sebab pencapaian yang kurang memuaskan ini disebabkan oleh masalah kecekapan komunikatif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan bahasa Melayu dari segi kecekapan komunikatif dan faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan komunikatif tersebut. Model kecekapan komunikatif Canale dan Swain, dan teori Hipotesis Nurani akan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid berumur 11 tahun dari kawasan luar bandar di pantai timur, Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 246 murid etnik Melayu, 86 murid etnik Cina dan 97 murid etnik Orang Asli. Data kajian diperoleh melalui instrumen soal selidik dan set Ujian Kecekapan Komunikatif Bahasa Melayu (UKKBM). Data kajian diproses menggunakan The Statistical Package for the Sosial Science Window version 21.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecekapan komunikatif bahasa Melayu dalam kalangan murid pelbagai etnik di kawasan luar bandar di pantai timur, Semenanjung Malaysia berada pada Tahap Memuaskan (min=55.46) dengan etnik Melayu mencapai Tahap Baik (min=65.57), etnik Cina mencapai Tahap Memuaskan (min=53.55) manakala etnik Orang Asli mencapai Tahap Belum Mencapai Tahap Memuaskan (min=34.06). Ujian Kruskal-Wallis menunjukkan perbezaan kecekapan komunikatif yang signifikan pada tahap p < .05 antara skor ketiga-tiga kumpulan etnik ini. Ujian kolerasi Pearson Moment-Product pula menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen kecekapan komunikatif. Antara faktor yang mempengaruhi kecekapan komunikatif tersebut ialah tanggapan dan sikap kendiri, serta dorongan daripada guru-guru dan ibu bapa. Kajian ini akan membantu Bahagian Perkembangan Kurikulum untuk menambah baik kurikulum dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang meliputi penutur jati dan bukan penutur jati bahasa Melayu. Kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bahasa secara lebih komprehensif dan bersifat komunikatif dengan mengambil kira status penutur, cara dan masa mula memperoleh bahasa antara penutur jati dengan bukan penutur jati. |
Pages: | 367 |
Call Number: | PL5105.M634 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kecekapan komunikatif bahasa Melayu dalam kalangan murid pelbagai etnik di kawasan luar bandar di pantai timur.pdf Restricted Access | Full-text | 2.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.