Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407376
Title: | Pengaruh amalan kepimpinan teknologi pengetua dan penginterasian teknologi dalam pelaksanaan tugas oleh guru sekolah menengah di daerah Klang |
Authors: | Siti Zuhaidah Md Zubir (P109313) |
Supervisor: | Bity Salwana Alias, Dr. |
Keywords: | School principals School management and organization Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Feb-2023 |
Abstract: | Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut pengetua menguasai amalan kepimpinan teknologi bagi memastikan pengintegrasian teknologi dalam pelaksanaan tugas oleh guru. Oleh kerana wujud isu dalam pengintegrasian teknologi dalam tugas guru maka kajian ini dijalankan untuk mengenal jenis pasti sejauh mana pengaruh amalan kepimpinan teknologi terhadap pengintegrasian teknologi dalam pelaksanaan tugas oleh guru. Seramai 665 orang guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Klang terlibat dalam kajian kuantitatif ini. Data dikumpul melalui pendekatan tinjauan menggunakan borang soal selidik (Google Form). Analisis deskriptif dan inferensi adalah menggunakan perisian SPSS Versi 26.0. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kepimpinan teknologi pengetua adalah pada tahap tinggi (min=4.07, s.p.=0.66) manakala tahap pengintegrasian teknologi dalam melaksanakan tugas oleh guru juga adalah pada tahap tinggi (min=4.11, s.p.=0.62). Ujian Korelasi Pearson telah menunjukkan hubungan positif yang signifikan tetapi sederhana antara kepimpinan teknologi pengetua dengan pengintegrasian teknologi dalam melaksanakan tugas oleh guru sekolah menengah di daerah Klang (r = 0.51, p <0.01). Manakala bagi analisis regrasi berganda mendapati dua daripada lima dimensi amalan kepimpinan teknologi pengetua menyumbang kepada pengintegrasian teknologi dalam pelaksanaan tugas oleh guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Klang. Dapatan ini telah memberikan implikasi terhadap dasar dan latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar memperhalusi modul pembangunan profesional kepimpinan teknologi di sekolah agar pengetua mahir dalam bidang teknologi demi meningkatkan pengintegrasian teknologi oleh guru. Kesimpulannya pengetua yang mengamalkan kepimpinan teknologi dapat meningkatkan pengintegrasian teknologi dalam melaksanakan tugas oleh guru. Pendekatan teknologi dalam pendidikan abad ke-21 (PAK-21) seharusnya tidak membebankan guru, tetapi ia akan membantu dalam strategi pengajaran, penglibatan pelajar dan pengurusan harian tugasan guru. |
Pages: | 153 |
Call Number: | LB2831.9.S568 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh amalan kepimpinan teknologi pengetua dan penginterasian teknologi dalam pelaksanaan tugas oleh guru sekolah menengah di daerah Klang.pdf Restricted Access | Full-text | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.