Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/407287
Title: Adaptasi dan pembangunan ciri-ciri psikometrik alat ukur keupayaan kognitif umum dan personaliti lima faktor bagi kegunaan pegawai perkhidmatan awam
Authors: Noorashikeen Mohamed (P90323)
Supervisor: Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof.Madya Dr.
Keywords: Psychometrics
Employee selection
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2022
Abstract: Pemilihan calon pekerja yang berkualiti dan menepati kriteria merupakan matlamat utama setiap organisasi, termasuklah di sektor perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, ujian-ujian pemilihan di Malaysia tidak memberi fokus kepada ujian keupayaan kognitif dan personaliti yang piawai. Elemen kesahan dan kebolehpercayaan ujian ini adalah penting untuk meningkatkan kredibiliti dan keyakinan organisasi berhubung nilai tambah yang diperoleh melalui aplikasi ujian dalam pemilihan personel. Justeru, kajian ini bertujuan menguji ciri-ciri psikometrik, iaitu kebolehpercayaan dan kesahan, alat ukur keupayaan kognitif umum (KKU) dan personaliti lima faktor (PLF) dengan menggunakan pendekatan teori pengujian klasik (CTT) dan teori respons item (IRT) melalui Model Rasch, di samping membangunkan profil keupayaan kognitif umum dan personaliti lima faktor pegawai perkhidmatan awam. Item-item pengukuran dalam kajian ini merujuk kepada dua sumber utama iaitu International Cognitive Ability Resources (ICAR) dan IPIP-NEO 120, yang merupakan versi ringkas kepada gabungan alat ukuran International Personality Item Pool (IPIP) dan Revised NEO-Personality Inventory (NEO-PI-R) Responden kajian melibatkan seramai 470 pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai kementerian dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) V25 dan WINSTEPS v4.4.7. Nilai kebolehpercayaan KKU dan PLF yang dilaporkan menerusi analisis ketekalan dalaman menunjukkan nilai koefisien KR 20 bersamaan dengan 0.690 bagi KKU dan nilai koefisien alfa Cronbach bersamaan dengan 0.751 bagi PLF. Berdasarkan analisis Model Rasch pula, nilai kebolehpercayaan item dan individu bagi KKU adalah 0.99 dan 0.73; diikuti dengan nilai 1.00 dan 0.73 bagi PLF. Selain itu, indeks pengasingan item bagi kedua-dua alat ukur KKU dan PLF ialah 9.79 dan 15.70 masing-masing. Skala pemeringkatan yang digunakan, khususnya bagi PLF, adalah bersesuaian dan boleh dibezakan oleh pegawai. Item-item dalam KKU dan PLF juga terbukti sepadan dan tidak menunjukkan elemen bias terhadap gender. Indeks pengasingan individu bagi alat ukur KKU ialah 1.63 dan 1.64 bagi PLF yang mengkategorikan responden kepada dua kelompok. Profil pegawai perkhidmatan awam seterusnya menunjukkan secara puratanya tahap keupayaan kognitif umum pegawai berada pada aras keupayaan logit yang sederhana rendah iaitu -0.79 logit, diikuti dengan tahap personaliti pada aras keupayaan logit yang baik iaitu 0.67 logit. Justeru, instrumen terhasil daripada kajian ini terbukti mempunyai ciri psikometrik yang baik serta sesuai diaplikasikan dalam konteks tempatan. Dapatan kajian memberi sumbangan kepada bidang psikometrik melalui penghasilan alat ukur KKU dan PLF yang piawai dan memenuhi kriteria pengukuran yang sah dan berkualiti. Profil pegawai yang dibangunkan menerusi peta taburan item-individu boleh membantu pihak pengurusan membuat perancangan yang objektif dalam aspek pengurusan sumber manusia di sektor awam, khususnya untuk kemajuan diri dan kerjaya serta perancangan penempatan yang bersesuaian selaras dengan keupayaan kognitif dan personaliti para pegawai.
Pages: 413
Call Number: BF39.N636 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.