Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406601
Title: | Pengukuran Berterusan Tekanan Intraokular Untuk Membandingkan Efek Penggunaan Ubatan Kombinasi Berasingan Latanoprost 0.005% dan Timolol 0.5% Dengan Ubatan Kombinasi Tetap Latanoprost 0.005% /Timolol 0.5% Dengan Menggunakan Sensor Triggerfish |
Authors: | Geetha Ramakrishnan |
Supervisor: | Jemaima Che Hamzah, Prof Madya Dr. Sharanjeet Kaur, Prof Dr. |
Keywords: | Intraocular Pressure Glaucoma Academic Dissertations as Topic |
Issue Date: | 2019 |
Abstract: | Glaukoma adalah sejenis penyakit neurodegeneratif yang boleh menyebabkan kebutaan sekiranya tidak didiagnosis dan diberikan rawatan yang secukupnya. Penyakit ini adalah penyebab kebutaan kedua di dunia dan penyebab ketiga untuk kebutaan di Malaysia. Pengurangan tekanan intraokular (TIO) boleh mengelakkan atau melambatkan perkembangan penyakit glaukoma. TIO adalah satu ritma diurnal dan fluktuasi tekanan yang kerap memainkan peranan penting dalam perkembangan glaukoma. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan ubatan kombinasi berasingan Latanoprost 0.005% dan Timolol Maleate 0.5% dengan ubatan kombinasi tetap Latanoprost/Timolol terhadap TIO di kalangan pesakit glaukoma sudut terbuka dengan menggunakan sensor kanta sentuh Triggerfish. Kajian ini adalah jenis kajian silang terkawal. Tiga puluh orang pesakit yang menghidap glaukoma sudut terbuka telah dipilih sebagai subjek kajian. Semua subjek menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis ubatan anti glaukoma, termasuk latanoprost 0.005% dan timolol maleate 0.5%. Sesi pengukuran pertama (S1) telah dimulakan dengan subjek kajian yang menggunakan regimen ubatan kombinasi berasingan latanoprost 0.005% dan timolol maleate 0.5%. Pada penghujung sesi pengukuran pertama, terapi ubatan ditukar kepada regimen kombinasi tetap latanoprost 0.005%/timolol 0,5%. Sesi pengukuran kedua (S2) adalah selepas 6 minggu. Dua puluh sembilan subjek kajian telah berjaya melengkapkan pengukuran dalam kedua-dua fasa. Purata TIO dengan tonometer Goldmann pada S1 adalah 15.3 + 3.4 mmHg dan 15.0 + 3.1mmHg untuk S2, dengan nilai p=0.32 di antara kedua-dua sesi tersebut. Purata amplitud yang mengukur fluktuasi TIO adalah 158.7 + 57 mVeq (S1) dan 166.3 + 91.8 mVeq (S2) dan didapati juga tiada perbezaan signifikan secara statistik (p=0.931). Signal TIO yang paling tinggi berlaku pada waktu pagi bagi kedua-dua regimen terapi rawatan iaitu, 7.25 + 6.20 jam semasa S1 dan 7.00 + 5.17 jam semasa S2 dengan perbezaan statistik yang tidak signifikan (p=0.89). Dengan ini, ubatan kombinasi tetap latanoprost 0.005%/ timolol 0.5% adalah sama efektif dengan ubatan kombinasi berasingan dalam mengawal fluktuasi TIO, di samping mengurangkan bilangan botol ubatan dan meningkatkan komplians di kalangan pesakit dengan regimen ubatan yang kompleks. |
Pages: | 135 |
Publisher: | Fakulti Perubatan, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
GEETHA AP RAMAKRISHNAN-FULL.pdf Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.