Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406590
Title: Kesan Dedahan Jangka Panjang Wi-Fi dan Suplementasi Sarang Burung Walit ke Atas Proliferasi Spermatogonia Anak Tikus Jantan Sprague Dawley
Authors: Farah Hanan Fathihah Jaffar
Supervisor: Siti Fatimah Ibrahim, Prof Madya Dr.
Khairul B.Osman, Prof Madya Dr.
Chua Kien Hui, Prof Madya Dr.
Keywords: Cell Phone
Electromagnetic Radiation
Academic Dissertations as Topic
Issue Date: 2021
Abstract: Teknologi Wi-Fi turut digunakan oleh kanak-kanak namun penilaian pendedahan Wi Fi terhadap perkembangan sistem pembiakan kanak-kanak tidak dikaji dengan meluas. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai kesan jangka panjang pendedahan Wi-Fi terhadap proliferasi spermatogonia anak tikus Sprague Dawley. Selain daripada itu, suplementasi sarang burung walit (EBN) diberikan bagi menilai kebolehan untuk mengatasi kesan dedahan Wi-Fi. Sebanyak 30 ekor (N=30) anak tikus berumur tiga minggu dibahagikan kepada lima kumpulan (n=6): kumpulan Kawalan, Kawalan EBN, Wi-Fi, Sham Wi-Fi dan Wi-Fi+EBN. Dedahan Wi-Fi 2.45 GHz dan suplementasi EBN 250 mg/kg diberikan selama 14 minggu. Hasil kajian mendapati bahawa dedahan Wi-Fi menurunkan status mitosis spermatogonia, kepekatan sperma, peratusan pergerakan, morfologi serta integriti kromatin sperma. Aras LH turut menurun. Dedahan Wi-Fi juga telah meningkatkan kerosakan DNA di dalam testis menerusi peningkatan ekspresi 8-hidroksi-2-deoksiguanosina (8-OHdG) di mana ianya selari dengan peningkatan tekanan oksidatif. Namun, dedahan Wi-Fi tidak menyebabkan penurunan signifikan di dalam ekspresi gen dan protein c-Kit-SCF serta aras FSH dan testosteron. Suplementasi EBN terhadap kumpulan dedahan Wi-Fi (Wi Fi+EBN) telah meningkatkan status mitosis spermatogonia, aras hormon FSH, kepekatan sperma, peratusan morfologi sperma dan integriti kromatin. Suplementasi EBN juga menurunkan ekspresi 8-OHdG dan mengembalikan keseimbangan oksidatif di dalam testis. Walau bagaimanapun, suplementasi EBN pada haiwan terdedah Wi-Fi tidak mempengaruhi ekspresi gen dan protein c-Kit-SCF, tidak meningkatkan LH serta tidak mempengaruhi testosteron. Kesimpulannya, Wi-Fi menyebabkan penurunan mitosis spermatogonia, kualiti sperma, aras LH dan meningkatkan kerosakan DNA menerusi tekanan oksidatif di dalam testis. Suplementasi EBN telah meningkatkan mitosis spermatogonia, memelihara kualiti sperma serta mengembalikan keseimbangan oksidatif di dalam testis.
Pages: 222
Publisher: Fakulti Perubatan, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FARAH HANAN FATHIHAH BINTI JAFFAR-FULL.pdf
  Restricted Access
4.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.