Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406586
Title: | Pembangunan politik malaysia di era pemerintahan Najib Razak, 2009-2018 |
Authors: | Mohamad Fairuz Mat Ali (P93266) |
Supervisor: | Russli Kamarudin, Dr. |
Keywords: | Political development -- Malaysia Personality and politics -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Aug-2022 |
Abstract: | Tesis ini mengkaji pembangunan politik Malaysia di era pemerintahan Najib Razak dari tahun 2009 hingga 2018. Tiga indeks utama digunakan untuk mengukur pembangunan politik tersebut iaitu institusionalisasi, mobilisasi dan partisipasi, dan pertumbuhan ekonomi. Bagi menilai hal ini, konsep pembangunan politik Huntington digunakan sebagai alat analisis. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif, data kajian ini diperolehi dari sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah temu bual dan sumber sekunder adalah dari buku, jurnal, laporan rasmi kerajaan dan portal berita. Hasil kajian mendapati tiga penemuan penting. Pertama, dari segi institusionalisasi politik, Najib Razak telah berjaya mewujudkan institusi eksekutif, legislatif dan kehakiman yang lebih baik pada penggal pertama pemerintahannya, namun kejayaan ini menjadi korup pada penggal kedua pemerintahannya. Ini kerana campur tangan eksekutif dan juga salah laku rasuah yang semakin berleluasa dalam ketiga-tiga cabang kerajaan ini. Kedua, dari segi mobilisasi dan partisipasi politik, hasil kajian mendapati pembangunannya pasif. Walaupun Najib membebaskan tahanan ISA dan memansuhkan ISA di penggal pertama pemerintahannya, namun selepas itu beliau bertindak mengawal kebebasan media, kebebasan bersuara dan menyekat hak sivil rakyat dalam berpolitik demi mengekalkan kekuasaannya. Ketiga, dari segi pertumbuhan ekonomi, walaupun Najib memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, dan Model Baru Ekonomi, namun pemerintahan beliau tidak menunjukkan perubahan yang lebih baik daripada kerajaan sebelumnya dari segi KDNK, pendapatan per kapita, penurunan kadar kemiskinan rakyat, dan kadar pengangguran. Ini kerana kenaikan kos sara hidup, sistem GST yang membebankan, dan tiadanya peluang pekerjaan baharu. Kajian ini menyimpulkan Najib Razak berusaha kuat untuk membawa pembangunan politik pada penggal pertama pemerintahannya, namun gagal pada penggal kedua pemerintahannya. Hasil analisis menunjukkan salah guna kuasa, skandal 1MDB, gejala rasuah, dan governans yang lemah adalah faktornya. Kereputan politik inilah yang kemudiannya membawa kepada kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14, pertama kalinya berlaku dalam sejarah politik Malaysia sejak ia mencapai kemerdekaan. |
Pages: | 222 |
Call Number: | JC489.M634 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan politik malaysia di era pemerintahan Najib Razak, 2009-2018.pdf Restricted Access | Full-text | 1.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.