Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406582
Title: Pola dan strategi lakuan bahasa dalam perbincangan kumpulan kecil
Authors: Nurul Afifah Adila Mohd Salleh (P94247)
Supervisor: Maslida Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Speech acts (Linguistics)
Verbal ability
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2022
Abstract: Faktor masa dan lekas bosan menjadi alasan mengapa pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan kecil. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak mahir berkomunikasi dan lebih gemar mendiamkan diri sepanjang perbincangan berlangsung. Hal ini berlaku kerana masalah penggunaan bahasa ketika berkomunikasi yang mengakibatkan proses komunikasi kumpulan kecil menjadi terganggu dan tidak lancar. Satu daripada strategi penggunaan bahasa ialah lakuan bahasa. Lakuan bahasa seperti meminta, mengesahkan, menolak, berjanji, dan menerima mempunyai fungsi dalam komunikasi kumpulan kecil. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis penggunaan lakuan bahasa dalam perbincangan kumpulan kecil berdasarkan Teori Lakuan Bahasa oleh Bach dan Harnish. Kajian ini turut membincangkan hubungan lakuan bahasa dengan komunikasi kumpulan kecil. Kaedah kajian lapangan digunakan bagi mendapatkan data dan pendekatan kualitatif berdasarkan analisis kandungan teks yang digunakan dalam menganalisis data. Sebanyak 12 buah kumpulan kecil yang melibatkan 56 orang pelajar dari UiTM dibentuk, diberikan masa selama 10 minit untuk menjalankan perbincangan dan ditetapkan objektif yang perlu dicapai. Kesemua perbincangan kumpulan kecil ini direkod kemudian ditranskripsikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya empat buah kumpulan yang memenuhi ciri-ciri kumpulan kecil yang berjaya. Menurut Marion E. Haynes, ciri-ciri kumpulan kecil yang berjaya ialah dapat mencapai objektif perbincangan dan mematuhi masa yang diberikan. Sebanyak 844 ujaran lakuan bahasa berjaya dikumpulkan daripada 12 set rakaman perbincangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat jenis lakuan bahasa ada digunakan dalam perbincangan kumpulan kecil pelajar iaitu lakuan bahasa konstatif, direktif, komisif dan pengakuan. Kumpulan yang berjaya memenuhi ciri-ciri perbincangan kumpulan kecil adalah kumpulan yang mencatatkan pola lakuan bahasa konstatif yang paling tinggi, manakala kumpulan kecil yang tidak berjaya pula menunjukkan pola lakuan bahasa direktif yang lebih dominan. Kajian ini membuktikan bahawa kejayaan sesuatu komunikasi kumpulan kecil berkait rapat dengan pemilihan lakuan bahasa. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada individu yang akan melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan kecil terutamanya pelajar universiti. Manakala para pendidik boleh merujuk dapatan kajian ini sebagai panduan apabila ingin menggunakan kaedah perbincangan kumpulan kecil dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pages: 311
Call Number: P95.55.N837 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pola dan strategi lakuan bahasa dalam perbincangan kumpulan kecil.pdf
  Restricted Access
Full-text1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.