Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/406581
Title: Pengaruh imperialisme british terhadap perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu bersekutu, 1925-1939
Authors: Mohd Shazwan Mokhtar (P93313)
Supervisor: Mohd Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Economic development -- Malaysia
Developed countries -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Apr-2022
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk membuktikan pengaruh imperialisme British dalam mengawal kegiatan dan pembangunan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari 1925 hingga 1939. Kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai negeri naungan sering dijadikan hujah bahawa kerajaan British tidak mempunyai kuasa kawalan langsung terhadap aktiviti ekonominya. Alasannya ialah kerajaan British tiada bidang kuasa terhadap negeri naungan. Malah, kerangka perdagangan bebas dan struktur ekonomi Negeri-Negeri Selat selalu dijadikan model untuk mentafsir perkembangan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun, rekod dan dokumen sejarah menjelaskan kerajaan British telah meninggalkan dasar perdagangan bebas dan campur tangannya yang ketat terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang digabungkan dengan ekonomi empayar British. Objektif kajian ini ialah menganalisis pengaruh dasar ekonomi imperial terhadap pembentukan dasar ekonomi kolonial pada peringkat persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya, kajian ini menilai kesan pelaksanaan dasar ekonomi imperial terhadap pertumbuhan ekonomi pada peringkat persekutuan. Akhirnya, mengkonstruk hubungan serta kawalan ekonomi oleh kerajaan British terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan mengumpulkan sumber sejarah di Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara United Kingdom dan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Sumber yang digunakan dalam kajian ini ialah rekod kerajaan British, Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Antaranya, CAB 23, 24, T 176, FCO 141, CO 882, 885, 717, 576, 273, laporan tahunan kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Prosiding Majlis Mesyuarat Persekutuan. Hasil kajian mendapati dasar ekonomi imperial British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah bersifat neomerkantilisme. Kesannya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu muncul sebagai antara pembekal utama bahan mentah bagi jaringan perdagangan antara empayar British. Pelaksanaan dasar kesatuan imperial membolehkan kerajaan British mempunyai kawalan langsung terhadap ekonomi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kuasa kawalan tersebut membolehkan British melaksanaan dasar pembangunan produk tropika secara terpusat melalui Jabatan Pertanian. Pelaksanaan dasar tersebut menyebabkan perkembangan kluster ekonomi eksport baharu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. British seterusnya memonopoli bekalan bahan mentah dan produk tropika melalui pelaksanaan dasar perlindungan yang mempengaruhi dasar fiskal dan pelaksanaan keutamaan imperial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pages: 420
Call Number: HD82.M634 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh imperialisme british terhadap perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu bersekutu, 1925-1939.pdf
  Restricted Access
Full-text6.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.