Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395716
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHazirah Zainudin-
dc.contributor.authorKamariah Abu Bakar-
dc.contributor.authorMaimun Aqsha Lubis-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:06:43Z-
dc.date.available2023-06-15T08:06:43Z-
dc.identifier.otherukmvital:130876-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/395716-
dc.description.abstractMelahirkan generasi yang hebat merupakan satu kejayaan yang gemilang bagi sesebuah negara. Percaturan dalam menentukan kejayaan untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara haruslah bertitik-tolak dari seawal usia. Justeru, pemantapan kualiti pendidikan di peringkat awal khususnya prasekolah perlu diperkemaskan. Kurikulum pendidikan di prasekolah sangat menggalakkan pendekatan belajar melalui bermain kerana ia sangat sinonim dengan sifat kanak-kanak. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti pengajaran di prasekolah seharusnya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun guru prasekolah perlulah memahami konsep belajar melalui bermain terlebih dahulu supaya pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dapat dijalankan dengan berkesan. Namun masih terdapat kajjan yang menyatakan guru kurang memahami konsep belajar melalui bermain. Sehubungan dengan itu, kajjan ini dijalankan untuk meneroka sejauh mana kefahaman guru terhadap pembelajaran melalui dalam meningkatkan pengalaman kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini melibatkan dua orang guru prasekolah. Hasil kajian mendapati bahawa para peserta kajian mempunyai tafsiran yang sama terhadap konsep bermain iaitu sesuatu yang menyeronokkan, mempunyai unsur penerokaan dan memberi motivasi kepada kanak-kanak. Hasil kajian juga mendapati guru ada melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain akan lebih bermakna sekiranya guru memahami konsep belajar melalui bermain dan mengatasi kekangan yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti belajar sambil bermain.-
dc.language.isomay-
dc.publisherPoliteknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM-
dc.subjectBelajar melalui bermain-
dc.subjectPeranan guru-
dc.subjectKanak-kanak prasekolah-
dc.titleKefahaman guru terhadap pembelajaran melalui bermain dalam meningkatkan pengalaman kanak-kanak prasekolah-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages678-687 p.-
dc.identifier.callnoLC903 .I538 2019 katsem-
dc.contributor.conferencenameInternational Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology-
dc.coverage.conferencelocationPoliteknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan-
dc.date.conferencedate19/05/2019-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.