Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395540
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorLiza Ari-
dc.contributor.authorSiti Rugayah Hj. Tibek-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:02:51Z-
dc.date.available2023-06-15T08:02:51Z-
dc.identifier.otherukmvital:130008-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395540-
dc.description.abstractDalil-dalil dari Al-Qur'an dan Hadith jelas menerangkan isteri wajib berdakwah kepada suami kerana mereka adalah golongan yang bertanggungjawab memikul amanah sebagai ketua keluarga. Berdasarkan penyertaan isteri-isteri peneroka di FELDA Keratong (1), didapati penyertaan mereka dalam program yang dianjurkan di rancangan ini khususnya program keagamaan adalah lebih tinggi dari suami mereka. Justeru itu satu kajian mengenai pendekatan dakwah mereka kepada suami perlu dilakukan bagi memenuhi beberapa objektifnya iaitu menjelaskan pendekatan dakwah wanita di samping para nabi iaitu isteri, anak atau mereka yang pernah menerima bantuan dan sokongan dari para nabi, menganalisis pendekatan dakwah isteri-isteri peneroka FELDA Keratong Satu, Pahang Darul Makmur kepada suami mereka, menganalisis perbezaan pendekatan tersebut mengikut latarbelakang iaitu umur, pendidikan, usia perkahwinan dan penyertaan dalam program-program keagamaan, menganalisis masalah yang mereka hadapi serta mengemukakan cadangan yang sesuai untuk membantu mereka dalam usaha dakwah tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan digunakan khususnya untuk mendapatkan maklumat berkaitan dakwah wanita/isteri. Sementara kajian lapangan pula menggunakan empat kaedah iaitu kajian melalui dokumen, temubual, dan observasi yang digunakan untuk memperolehi maklumat berkaitan kawasan kajian dan soal selidik yang dijalankan terhadap 190 orang responden untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang mereka, bentuk-bentuk pendekatan dan masalah yang dihadapi. Hasil kajian mendapati pengetahuan responden terhadap konsep dakwah berada pada tahap yang agak tinggi. Kajian ini mendapati pendekatan dakwah kepada suami yang utama digunakan ialah perbuatan, diikuti perbincangan, ajakan/nasihat, contoh, material dan contoh. Walaupun kajian ini mendapati reaksi/sikap responden dan suami mereka yang paling cenderung dilakukan adalah bersabar/mendiamkan diri dan tergolong dalam tingkahlaku yang positif, perhatian juga perlu diberikan kepada masalah utama yang dihadapi iaitu kurang pengetahuan agama, diikuti kurang membaca buku/risalah agama, terlalu sibuk dengan tugas mengurus rumah dan keluarga serta tidak mendapat bantuan dan sokongan dari masyarakat sekeliling. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk dipertimbang dan diberi perhatian oleh banyak pihak.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.subjectDakwah-
dc.subjectIsteri-isteri peneroka-
dc.subjectPeneroka FELDA-
dc.subjectFELDA Keratong 1-
dc.titlePendekatan dakwah isteri kepada suami: kajian terhadap isteri-isteri peneroka FELDA Keratong 1, Pahang Darul Makmur-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages243-257 p.-
dc.identifier.callnoDS35.62 .K637 2006 sem-
dc.contributor.conferencenameKolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi-
dc.date.conferencedate25/07/2006-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.