Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395535
Title: Ibn Abi Usyabrah (596-668H/1196-1270M): satu kajian terhadap kitab'Uyun Al-Anba' fi Tabaqat al-Atibba'
Authors: Khairah Ismail
Ezad Azraai Jamsari
Conference Name: Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Keywords: Ibn Abi Usyabrah
Kitab 'Uyun Al-Anba' fi Tabaqat al-Atibba'
Tokoh perubatan
Perubatan Islam
Kerajaan Ayyubiyah
Mesir
Sham
Conference Date: 25/07/2006
Conference Location: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi
Abstract: Kajian ini membincangkan kesarjanaan seorang tokoh perubatan Islam terkemuka pada zaman kegemilangan Kerajaan Ayyubiyah di Mesir dan Sham pada abad ketujuh Hirji, iaitu Ibn Abi Usaybi???ah (596-668H/1199-1270M). Penghasilan karya agungnya berjudul ???Uyun al-Anba' fi Tabaqat al-Atibba' berjaya menarik perhatian masyarakat dunia. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji biografi dan susur galur kehidupan Ibn Abi Usaybi???ah sebagai seorang tokoh perubatan Islam yang diiktiraf dunia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa teks kitab tersebut secara mendalam. Kajian ini seluruhnya menggunakan metode kajian kepustakaan dengan mengumpulkan data-data daripada sumber primer dan sekunder dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa Ibn Abi Usaybi???ah merupakan seorang sarjana yang dikenali dalam sejarah sebagai pakar perubatan mata yang terkenal dan disanjung tinggi. Tahap keilmuan beliau yang tinggi memperlihatkan bahawa beliau tidak hanya membataskan dirinya dalam bidang perubatan sernata-mata, bahkan memiliki kemahiran dalam disiplin ilmu yang lain seperti sejarah, bahasa falsafah, botani, astronomi dan ilmu-ilmu agama. Antara faktor yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan keilmuan beliau ialah tradisi kekeluargaan dan perkembangan kegiatan intelektual pada zaman tersebut yang menyaksikan kemunculan dan cendekiawan. Kitab ???Uyun al-Anba' fi Tabaqat al-Atibba' mengandungi maklumat mengenai sejarah kemunculan ilmu perubatan dan merupakan kompilasi biografi 454 orang tokoh perubatan terkenal yang disusun mengikut tabaqat Ibn Abi Usaybi???ah dianggap sarjana pertama yang menulis tentang perkara tersebut dengan lengkap, terperinci dan mendalam. Keistimewaan kitab ini dinilai dari sudut dalaman, iaitu isi kandungan kitab dan juga sudut luaran yang menjadi rujukan dunia serta mendapat sanjungan para sarjana Muslim dan Barat.
Pages: 359-375 p.
Call Number: DS35.62 .K637 2006 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.