Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395532
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNorfaizah Md Yusof-
dc.contributor.authorIndriaty Ismail-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:02:40Z-
dc.date.available2023-06-15T08:02:40Z-
dc.identifier.otherukmvital:129884-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395532-
dc.description.abstractWanita di zaman jahiliah merupakan satu kaum yang sering ditindas dan tidak mendapat hak yang sewajarnya. Sebelum kedatangan Islam, kedudukan wanita adalah sangat rendah dan diperlakukan sesuka hati. Wanita diumpamakan sebarang 'barang' yang hampir-hampir langsung tidak mempunyai hak. Al-Quran merakamkan fenomena ini menerusi firman Allah S.W.T. Maksudnya, ??? Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. la menyembunyikan dirinya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya hidup-hidup? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.???. Islam pula memperlakukan wanita sebagai `manusia' yang mempunyai hak-hak tertentu sebagaimana layaknya kaum lelaki. Kedatangan Islam telah membawa perubahan besar kepada kedudukan wanita. Islam telah memberikan tempat dan status yang sewajarnya kepada kaum wanita. Wanita dipandang tinggi bahkan kedatangan Islam antara lain membawa misi memartabatkan wanita setelah ditindas. Kedudukan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w memberikan gambaran yang jelas sekali tentang kebebasan yang dapat dinikmati oleh kaum wanita. Walaupun begitu, malangnya beberapa abad setelah zaman Nabi, wanita Islam telah dinafikan hak mereka di dalam masyarakat. Kedudukan dan hak wanita Islam dipertikaikan. Adanya perbahasan mengenainya menunjukkan berlakunya ketidakadilan terhadap wanita Islam. Sebagai contoh, wanita masih dianggap sebagai punca segala maksiat dan kejahatan dalam masyarakat. Mereka tidak diberi hak untuk berada di tengah masyarakat. Justeru di kebanyakan negara Islam seperti di Asia Selatan dan Asia Barat, wanita Islam masih dipinggirkan dari kehidupan sosial. Ekoran daripada tindakan golongan yang menidakkan hak sebenar wanita ini, maka pihak barat telah melihat senario tersebut sebagai sikap sebenar Islam. Wanita Barat sentiasa mengambil contoh keadaan wanita di Afghanistan, Iraq atau negara Islam lain yang dilanda kemelut politik panas, apabila diajukan pendapat mengenai wanita Islam. Islam dikaitkan dengan keganasan, kemiskinan, miskin sumber daya manusia dan kepakaran, ketidakadilan dan penindasan hak asasi manusia. Salah tanggapan ini bertambah buruk apabila ada golongan alim ulama yang bersikap rigid dan keras terhadap wanita dengan menganjurkan cara hidup pemisahan mutlak antara lelaki dan wanita (total segregation). Pengalaman agama di sesetengah tempat adakalanya meminggirkan kaum wanita. Hak wanita terus dipandang sebagai isu yang remeh-temeh.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.subjectAkad nikah-
dc.subjectHak wanita-
dc.titleAkad nikah: suatu analisis penafian hak wanita-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages121-126 p.-
dc.identifier.callnoDS35.62 .K637 2006 sem-
dc.contributor.conferencenameKolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi-
dc.date.conferencedate25/07/2006-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.