Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395530
Title: Pembangunan tanah wakaf di Negeri Melaka
Authors: Mohd. Syahiran Abd Latif
Mohd Ridzuan Awang
Conference Name: Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Keywords: Tanah wakaf
Negeri Melaka
Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM)
Harta wakaf
Conference Date: 25/07/2006
Conference Location: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi
Abstract: Bertujuan mengkaji aktiviti pembangunan tanah-tanah wakaf di negeri Melaka yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM). Objektif kajian adalah untuk mengkaji sejauh manakah pembangunan yang telah dan sedang dijalankan oleh MAIM., di samping mengenal pasti permasalahan yang menjadi faktor penghalang terhadap pembangunan tanah-tanah wakaf tersebut. Kajian ini juga melihat apakah pembangunan yang dijalankan terhadap tanah wakaf dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di negeri Melaka. Kajian ini berbentuk kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Sebagai nadi dalam kajian lapangan, kaedah temubual digunakan ke atas pentadbir harta wakaf MAIM, pegawai dan individu terlibat bertujuan mendapatkan data dan maklumat berkaitan wakaf. Manakala kajian perpustakaan digunakan bagi mengumpul serta mendapatkan pandangan-pandangan ulama mengenai hukum wakaf dan pembangunannya. Data yang diperolehi dianalisa berdasarkan pendekatan diskriptif dan komparatif. Hasil daripada kajian menunjukkan, banyak data serta dokumen berkaitan wakaf tidak lengkap dan tidak dikemaskini seperti sepatutnya. MAIM mengalami kesulitan untuk membangunkan hartanah wakaf miliknya berikutan masalah tersebut. Amalan istibdal yang dilaksanakan terhadap beberapa premis wakaf wakaf milik MAIM dilihat mengelirukan serta bercanggah dengan pandangan fuqaha. Dilema-dilema seperti ini merugikan umat Islam kerana tanah-tanah wakaf yang berpotensi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Aset wakaf andai ditadbir dan dibangunkan secara bijaksana serta mengikut keperluan semasa berupaya menjana keutuhan ekonomi negara. Akhir sekali, kajian ini mengutarakan beberapa cadangan yang dapat membantu memantapkan pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf Majlis Agama Islam Melaka.
Pages: 89-100 p.
Call Number: DS35.62 .K637 2006 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.