Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395528
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Noorsyahida Abdul Rahman | - |
dc.contributor.author | Mohamad Sabri Haron | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T08:02:35Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T08:02:35Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129880 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395528 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini membincangkan konsep Bay' al-Dayn (Debt Trading) menurut perspektif Islam dan aplikasinya dalam sistem perbankan Islam masa kini merujuk kepada ???uqud mu'awadat (akad pertukaran) dan beberapa produk syariah yang berkaitan. Turut diperbincangkan pendapat, perbincangan dan isu Bay' al-Dayn yang menimbulkan pelbagai kontroversi di kalangan ulama dan fuqaha semasa mahupun kontemporari. Di samping itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, pendapat dan persepsi masyarakat terhadap transaksi ini. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan adalah berkaitan dengan bahan-bahan penulisan terdahulu, teras dan sekunder. Manakala kajian lapangan, teknik yang dijalankan untuk mendapatkan data di lapangan adalah menerusi dua teknik iaitu melalui soal selidik dan observasi pengkaji. Sebanyak 200 responden telah dipilih untuk penyediaan ini. lanya terdiri daripada para pensyarah, pegawai bank, ahli perniagaan, pelajar dan lain-lain pekerjaan. Analisis data pula menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.0. untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Secara umumnya, di samping terdapat pendapat pro dan kontra di kalangan ulama, namun hasil kajian mendapati bahawa tiada bukti ijmak ulama dan nas yang jelas tentang pengharaman Bay' al-Dayn. Hasil dapatan kajian ini juga mendapati bahawa persepsi responden terhadap konsep Bay' al-Dayn dalam sistem perbankan Islam adalah positif. Majoriti bersetuju dengan adaptasi dan aplikasinya dalam SPI. Namun demikian, tahap pengetahuan responden mengenai Bay' al-Dayn adalah di tahap yang kurang memuaskan. Kajian mendapati hanya 46.3% responden sahaja dengan min yang terendah, yang memahami konsep Bay' al-Dayn keseluruhannya menurut perspektif Islam. lni menunjukkan masyarakat hari ini mereka masih kurang mengetahui dan memahami secara mendalam mengenai kontrak ini. Maka dengan demikian, perlu diberi pendedahan yang lebih komprehensif bagi merealisasikan sistem perbankan Islam itu unggul dan berdaya saing dengan sistem perbankan konvensional. Sehubungan dengan itu, hasil kajian juga mendapati bahawa 56.6% responden setuju berpendapat Bay??? al-Dayn adalah sabit secara ijtihad dan sementara golongan minoriti dengan hanya 39% mereka mengatakan ia sabit melalui nas. 75 | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Fakulti Pengajian Islam, UKM | - |
dc.subject | Bay' al-Dayn (Debt Trading) | - |
dc.subject | Sistem perbankan Islam | - |
dc.subject | 'uqud mu'awadat (akad pertukaran) | - |
dc.title | Bay' al-Dayn: pro dan kontra dalam sistem perbankan Islam | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 57-74 p. | - |
dc.identifier.callno | DS35.62 .K637 2006 sem | - |
dc.contributor.conferencename | Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.coverage.conferencelocation | Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi | - |
dc.date.conferencedate | 25/07/2006 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.